BREAKING NEWS

Monday, 13 February 2017

Kerajaan DAP PP tidak tunai janji beri pukat


KEPALA BATAS 12 Feb. – Kira-kira 30 nelayan di Kuala Muda, Penaga, di sini mengadakan demonstrasi membantah Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa tidak menunaikan janji memberi pukat kepada mereka.

 Wakil kumpulan berkenaan, Mohamad Wan Chik berkata, seramai 191 nelayan berdaftar di kawasan itu sepatutnya layak menerima bantuan berkenaan namun hanya 60 orang daripada mereka yang menerimanya daripada kerajaan negeri.

 "Sehingga kini kami tidak menerima apa-apa penjelasan berhubung sikap pilih kasih kerajaan negeri ini. Jika tidak mahu bagi, jangan menabur janji, " katanya kepada pemberita di Jeti Nelayan Pasar Bisik di sini petang ini.

 Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi selama kira-kira 30 minit dan membawa pelbagai sepanduk mengecam Kerajaan DAP Pulau Pinang antaranya bertulis `Jangan Tipu Nelayan’. – UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.