BREAKING NEWS

Thursday, 2 February 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Kurang Ajar Perlekeh Islam & Agong



Kita mempersoalkan kenyataan mufti negeri tentang kaedah fatwa agama Islam yang perlu melalui majlis mesyuarat kerajaan DAP yang majoritinya terdiri daripada bukan Islam!
“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim. 
Menurut beliau lagi, selepas ia memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, SUK akan menghantarnya ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk tujuan pewartaan.
Persoalannya,

1. Kenapa fatwa perlu melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri yang majoritinya bukan Islam?

2. Peraturan apakah yang digunapakai oleh kerajaan DAP atau mereka memandai-mandai mahu masuk campur hal ehwal agama Islam?

Kita boleh perbandingan dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang tentang kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa dan tatacara pembuatan fatwa.

Dan jika merujuk enakmen di bawah, terdapat perbezaan yang nyata!

Yang sebenarnya ialah fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri HANYA PERLU dimaklumkan kepada kerajaan negeri SELEPAS DIPERKENAN oleh Yang Di-Pertuan Agung (YDA) dan BUKANNYA SEBELUM dihantar ke istana negara untuk perkenan YDA
48. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu.

(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

(6) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi, tetspi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

(7) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (4).

Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat:

49. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Pulau Pinang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.

Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa, 
50. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.


Kerajaan DAP Pulau Pinang pula didakwa   'tidak campur tangan dalam hal berkaitaan fatwa'.

Tetapi kita TIDAK MUNGKIN akan lupa keceluparan mulut Lim Guan Eng DAP yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Pulau Pinang walau pun larangan penggunaan Kalimah Allah dan 39 perkataan lain oleh orang bukan Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang

MiM siarkan kembali kenyataan media di bawah:
Pada Jumaat, 12 Disember 2014, Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan larangan penggunaan Kalimah Allah dan 39 perkataan lain oleh orang bukan Islam yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang di bawah kuasa sub seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 pada Januari 2010 dan diwartakan pada April 2010 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tidak boleh dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam kerana enakmen tersebut hanya terpakai ke atas orang Islam.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan bahawa Enakmen tersebut tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam adalah satu tindakan provokatif terhadap sensitiviti umat Islam yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama di negeri ini. Ia juga menunjukkan kekeliruan dan kejahilan Ketua Menteri sendiri berhubung penguatkuasaan Fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Kenyataan Ketua Menteri ini bercanggahan dengan kenyataan mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP. Pada Januari 2014, Roketkini media rasmi parti DAP melaporkan mendiang Karpal Singh telah meminta Ketua Menteri dan Kerajaan Pulau Pinang untuk mendapatkan semakan kehakiman dengan membawa kes ini ke Mahkamah kerana fatwa larangan ini juga terpakai ke atas orang bukan Islam di Negeri Pulau Pinang.

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang adalah selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes larangan penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald. Fatwa yang diwartakan dibawah Seksyen 48 Enakmen tersebut menyatakan mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada menghina kesucian agama Islam adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.

Seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Kuasa eksekutif SPB Yang Dipertuan Agong hanya boleh diturunkan kepada TYT Yang DiPertua Negeri Pulau itu. Oleh yang demikian Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa dalam pentadbiran agama Islam di Negeri Pulau Pinang.

UMNO Pulau Pinang mendesak YB Dato' Salleh Man, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan YB Dato' Abdul Malik Abul Kassim Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya tidak timbul sebarang kekeliruan di kalangan orang Islam di Pulau Pinang.

UMNO Pulau Pinang menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang untuk merujuk kepada SS Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pentadbiran agama Islam di Pulau Pinang. Kenyataan beliau pada Jumaat lalu jelas menunjukkan beliau tidak faham mengenai bidang tugas dan tanggungjawab serta undang-undang dalam pentadbiran agama Islam di negara ini.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
Semalam media melaporkan kerajaan DAP negeri telah menapis fatwa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan DAP. Bekas anggota Jawatankuasa Fatwa negeri juga mendedahkan bahawa exco kerajaan negeri “menangguhkan” beberapa fatwa dan langkah itu telah merendahkan martabat institusi Jawatankuasa Fatwa.

Persoalannya, sampai bilakah agama Islam mahu diperkotak-katikkan parti cauvinis DAP?


SUMBER

 
Copyright © 2014 PenangKini.