BREAKING NEWS

Saturday, 4 February 2017

Kerjasama Dengan DAP Diputuskan Haram Oleh Majlis Syura PAS

PAS Akan Diketepikan Bila DAP Dapat Undi Melayu - Tunku Aziz


PAS tidak mungkin akan menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana ia sudah diputuskan sebagai ‘haram’ oleh Majlis Syura Ulamak parti, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
“Keputusan Majlis Syura (PAS) apabila menyatakan tiada tahaluf siyasi dengan DAP dan Amanah, maka keputusan itu melibatkan persoalan hukum dengan DAP.
“Tak boleh tahaluf dengan DAP, hukumnya tak boleh dengan DAP, haram dengan DAP. Tak mungkin akan patah balik,” katanya kepadaAntarapos, hari ini.
Dr Zuhdi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS, Datuk Yunus Hairi yang berkata PAS bersedia menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14.
Jelas Dr Zuhdi kenyataan Ahmad Yunus itu bukan merujuk kepada kerjasama dengan dua musuh politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, namun parti-parti pembangkang yang lain.
“Setakat ini yang telah diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat dan yang diluluskan oleh Majlis Syura, kita masih dengan Gagasan Sejahtera.
“Tiada hubungan DAP, kita sudah putuskan hubungan dengan Amanah, maka tak mungkin kita bersama-sama DAP dan Amanah,” ujarnya lagi.

 
Copyright © 2014 PenangKini.