BREAKING NEWS

Monday, 13 February 2017

Kit Siang sebenarnya ketua pembangkang, kata Najib

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta yang Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

“Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu,” katanya dalam Twitter.

Najib berkata pengundi tahu DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.
“Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua,” kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu.

Najib membuat kenyataan itu susulan pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka
 
Copyright © 2014 PenangKini.