BREAKING NEWS

Tuesday, 14 February 2017

Lebih Ramai Pemimpin DAP Akan Keluar Part

Lebih ramai anggota DAP akan keluar daripada parti itu selepas ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti selepas dasar dan prinsip yang dipegang sebelum ini dilihat telah berubah.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perubahan itu antara lain boleh dilihat apabila penasihat DAP Lim Kit Siang yang sebelum ini mengkritik teruk Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat rapat dengan bekas perdana menteri itu.

“Itu yang menjadi isu dalaman DAP dan mungkin mereka berpendapat hubungan baharu ini akan melemahkan parti dan bagi mereka lebih baik meninggalkan parti.

“Ada kemungkinan lebih ramai pemimpin DAP di negeri lain akan mengikut langkah itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Ponggal Peringkat negeri dan merasmikan pejabat MIC Bahagian Ipoh Barat di sini malam ini.

Hari ini, tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen dari DAP Melaka bertindak keluar parti.

Ketiga-tiga ADUN berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

— BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.