BREAKING NEWS

Saturday, 4 February 2017

Lim Guan Eng Tipu Konon Kerajaan Pulau Pinang Serap GST Cukai Pintu

DAP cuba untuk menipu orang ramai sekali lagi menggunakan alasan pengecualian GST.
“Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berada di Majlis Perbandaran Seberang Perai pagi ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pakatan Harapan, melalui kedua-dua majlis, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang  dan Majlis Perbandaran Seberang Perai menanggung bebanan rakyat dengan pengecualian cukai pintu (kepada pemilik rumah kos rendah) dan penyerapan 6% GST.” (Baca selanjutnya)
Seperti yang saya telah tegaskan sebelum ini, perkhidmatan kerajaan negeri serta cukai pintu adalah dikecualikan daripada GST.
Mengikut Akta CBP 2014 (GST Act 2014), cukai pintu yang dikutip pihak berkuasa tempatan tidak tertakluk kepada GST sebagaimana didakwa Lim Guan Eng. Lihat halaman 10, penjelasan mengenai kutipan cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan.
Jika Lim Guan Eng cuba untuk mengarahkan Kerajaan Pulau Pinang untuk mengutip GST ke atas perkhidmatannya, beliau akan masuk ke penjara kerana melanggar akta GST.
Sedangkan hakikatnya kadar cukai pintu Pulau Pinang dinaikkan sejak 2015:
Dipetik dari The Sun Daily: Dengan kadar baru MPSP akan dapat menjana pendapatan sebanyak RM158.2 juta, peningkatan sebanyak 14.9% berbanding RM137.7 juta pada 2014, kata Presidennya, Datuk Maimunah Shariff.
Sementara itu Setiausaha MPPP Ang Aing Thye berkata majlis itu menjangka untuk mengumpul RM180.9 juta pada 2015, meningkat 12.75% daripada RM160.438 juta pada 2014.
 
Copyright © 2014 PenangKini.