BREAKING NEWS

Wednesday, 1 February 2017

Pelita Nafi "Tidak Halal".


Butterworth: Rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) hari ini, menafikan dakwaan restoran itu tidak halal kerana ia dimiliki penganut bukan Islam.
Dakwaan itu menjadi tular di media sosial Facebook dan Whatsup sejak minggu lalu.
Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D Murugan, 47, berkata beliau kecewa dengan pihak yang memfitnah restoran berkenaan sedangkan 25 cawangannya mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Pembabitan saya selaku bukan beragama Islam dalam perniagaan Pelita ini menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
"Sehingga ada mempersoalkan sama ada seorang beragama Hindu boleh berkongsi perniagaan dengan yang beragama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Berikutan itu, beliau mendapatkan penjelasan daripada pendakwah bebas terkenal yang menasihatinya tidak timbul isu atau masalah jika orang beragama lain menjadi rakan kongsi orang beragama Islam.
Katanya, isu restoran itu tidak halal menjadi tular sejak 2012, berlarutan sehingga sekarang dan kemuncaknya pada minggu lalu, selepas Pelita mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Arab Saudi.-Harian Metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.