BREAKING NEWS

Monday, 27 February 2017

Program 1 Komuniti 1 JPJ di Nibong Tebal mendapat sambutan hebat !


Nibong Tebal : Seramai 350 orang telah mendaftar bagi mendapatkan Lesen Memandu Percubaan (P) Kelas B2 menerusi program 1Komuniti 1JPJ peringkat Parlimen Nibong Tebal yang dirasmikan semalam oleh YB Dato' Mahmud Zakaria , ADUN Sungai Acheh. Kebanyakan peserta yang mendaftarkan diri majoritynya tinggal dalam kawasan Parlimen ini dan kawasan sekitar.

Program JPJ Pulau Pinang bersama komuniti ini dianjurkan khusus untuk membantu warga emas memperolehi lesen Kelas B2.  Program ini dilaksanakan khusus kepada warga emas berumur 45 tahun ke atas yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kawasan luar bandar.

Inilah bukti keprihatinan kerajaan pusat yang sentiasa melaksanakan program yang memberikan manfaat kepada masyarakat luar bandar yang rata-ratanya mempunyai kesukaran untuk memperoleh lesen memandu tersebut. Program ini dapat memberikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar.

Ia membolehkan mereka mendapatkan lesen memandu motosikal bagi menjalani kehidupan seharian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran kepada mereka berkenaan keselamatan jalanraya serta mendekatkan warga pentadbiran kerajaan dengan masyarakat setempat dalam konteks merakyatkan perkhidmatan awam.

Dalam program ini, para peserta hanya dikenakan bayaran minima sekitar separuh untuk memperolehi lesen memandu percubaan motosikal dari caj yang dikenakan jika lesen memandu itu diambil melalui institusi memandu.

Selain itu, segala berkaitan kursus, latihan serta ujian memandu telah dikendalikan sendiri oleh anggota JPJ melibatkan 11 sessi dan mengambil masa kira-kira dua bulan setengah. Terima kasih JPJ yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Kita dapat lihat pelbagai langkah telah diambil oleh pihak JPJ dalam meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan supaya pelanggan sentiasa berasa selesa ketika berurusan dengan pihak mereka. Kita berharap agar penunggang dan pemandu dapat membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Lagi gambar-gambar sila layari Page FB kami di
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1895569084013901&id=1422465924657555
 
Copyright © 2014 PenangKini.