BREAKING NEWS

Saturday, 4 February 2017

‘RIMAU’ NO PLAT KENDERAAN TERBARU SEMPENA SEA 2017


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat ‘Rimau’ sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MASOC mengesahkan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggunakan nombot plat berkenaan.
Tarikh pelancaran dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my
Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menganjurkannya sebanyak lima kali.
Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72). – BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.