BREAKING NEWS

Saturday, 4 February 2017

Tiket macam pisang goreng panas


Georgetown: Fiesta Belon Udara Panas 2017, di sini, hari ini, dibanjiri lebih 10,000 pengunjung tempatan dan luar negara.

Kebanyakan pengunjung tiba seawal kira-kira 6 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menaiki belon bagi sesi pagi. Malah, tiket habis dijual dalam 15 minit sebaik kaunter dibuka pada kira-kira 7 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin, berkata sambutan hangat dan bersyukur kepada Allah SWT kerana semua berjalan dengan lancar. Katanya, pihaknya menjurus sasaran 90,000 pengunjung sepanjang dua hari fiesta diadakan. -HMetro-
 
Copyright © 2014 PenangKini.