BREAKING NEWS

Monday, 13 February 2017

Wakil Rakyat DAP Keluar Parti, Pengajaran Kepada Guan Eng & Kit Siang


Tindakan empat wakil rakyat DAP keluar parti itu disifatkan sebagai tamparan hebat dan pengajaran besar, khususnya kepada setiausaha Aong DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng.

Ini kerana, seperti yang ditegaskan bekas ahli DAP,Shamser  Singh Thind, tindakan ini menujukkan bahawa Guan Eng tidak lagi boleh berbangga mendakwa semua ahli parti itu menerima segala keputusan dibuat pemimpin parti berkenaan sebagai contoh kerjasama dengan Tun Mahathir.

sehubungan dengan itu, beliau berharap lebih ramai ahli jawatankuasa DAP negeri dan pusat bangkit mempersoalkan tindak tanduk guan eng dan penasihat DAP, Lim Kit siang sebelum terlambat.

"Dalam apa jua keputusan melibatkan parti,sepatutnya pekara itu ditentukan ahli-ahlijawatan kuasa DAP negeri serta Pusat, Tetapi nampaknya ini tidak berlaku,"  Shamsher yang juga bekas ahli DAP Cawangan Chai Leng di sini mengulas mengenai tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka yang meletakan jawatan mereka kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti.

dalam masa yang sama, Shamsher turut menarik perhatian dalam situasi penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim ke dalam DAP yg disifatkan tidak dibuat menerusi keputusan Ahli Jawatan Kuasa DAP Pusat.

 
Copyright © 2014 PenangKini.