BREAKING NEWS

Friday, 3 February 2017

Wilayah Persekutuan P.Pinang , Guan Eng Cemas Dengan Idea Tengku Adnan

Tanpa selidik dan meneliti pandangan mahupun idea yang dilontarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Tengku Adnan Mansor , Ketua Menteri Pulau Pinang tiba-tiba cemas dan tampil menolak cadangan tersebut.

Guan Eng dalam kenyataannya berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan rundingan bagi menjadikan Pulau Pinang dengan Wilayah Persekutuan tidak pernah dibuat.

"Kenyataan yang dibuat Tengku Adnan untuk menyatukan negeri ini di bawah pentadbiran Putrajaya tidak pernah dirunding, malah saya tidak akan bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya yakin, negeri yang terbabit dalam cadangan Tengku Adnan itu seperti Kedah dan Melaka juga turut tidak akan setuju dan gembira dengan perkara ini," katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kenyataan Tengku Adnan untuk menggabungkan Pulau Pinang adalah tidak selaras dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Pulau Pinang adalah negeri yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Mengikut Perkara 1 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Pulau Pinang adalah antara 13 negeri yang terdiri dalam negeri-negeri persekutuan. Oleh itu, cadangan untuk menggabungkan negeri ini adalah tidak wajar dilakukan," katanya.

Banyak pihak tertanya-tanya kenapa Guan Eng terlalu emosi dan cemas dengan idea tersebut memandangkan sebelum ini pun kerajaan DAP di Pulau Pinang pernah bertindak sedemikian rupa.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak di peringkat persekutuan khususnya kementerian terlibat , kerajaan DAP Pulau Pinang boleh sahaja membentangkan cadangan untuk membina terowong dengan kerja-kerja peringkat awal sudah pun dijalankan dan menelan belanja sebanyak RM305 juta hanya untuk kajian kebolehlaksanaan ?

Guan Eng tidak secemas ini walaupun sejumlah besar wang rakyat digunakan untuk tujuan yang boleh dikatakan sia-sia kerana ianya tidak merujuk kepada kementerian terlibat.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang , Guan Eng seharusnya menyiasat dan melakukan kajian kebolehpercayaan terhadap apa jua cadangan , idea mahupun pelan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

Sejauh mana kebenaran maklumat ini dan adakah ianya sekadar cadangan kosong perlulah diteliti terlebih dahulu.

Apa guna Guan Eng menggajikan Mejar Zaidi sebagai Pegawai Penerangan kalau perkara sebegini pun tidak mampu ditangani dengan profesional.

Guan Eng terlupa kegagalan para jemaahnya bukan sahaja telah menjadikan tindakan Guan Eng sebagai kebudak-budakkan tetapi telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang Ketua Menteri.

Tindakan kebudak-budakkan Guan Eng ini kemudiannya ditempelak oleh Datuk Huan Cheng Guan , Presiden Parti Cinta Malaysia melalui kenyataan di blognya.

"Lim Guan Eng : Kera Yang Memakan Cili"

1. Cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di dalam satu temubual bersama BFM bersempena Hari Wilayah merupakan satu harapan atau cita-cita sahaja.

2. Beliau turut menyatakan klausa "If I (Menteri Wilayah Persekutuan) can" jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu cita-cita dan tidak salah untuk mempunyai cita-cita.

3. Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara tiba-tiba sahaja melompat dan mengeluarkan kenyataan bahawa "cita-cita" ataupun "harapan" tersebut tidakpun dibawa berbincang dan melontarkan kata-kata tidak elok kepada Tengku Adnan.

4. Guan Eng turut memetik Perkara 1 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri di bawah Persekutuan Malaysia.

5. Tetapi Guan Eng jangan lupa bahawa Perkara 1 (3) juga menyatakan bahawa ia tertakhluk kepada Fasal (4) iaitu mengenai Wilayah Persekutuan yang juga disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Tidak timbul soal menjadi penjajah atau penakhluk kerana Wilayah Persekutuan juga merupakan sebahagian daripada Malaysia.

7. Lim Guan Eng seperti kera memakan cili kerana takut kepada perkara yang hanya menjadi cita-cita dan harapan sahaja dan belum menjadi satu cadangan yang sah yang boleh dibawa ke meja rundingan.

8. Sama seperti bapa Lim Guan Eng juga, Lim Kit Siang yang juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri yang belum pun dipersetujui oleh mana-mana ahli Pakatan Harapan yang lain melainkan Tun Mahathir sahaja yang mengakuinya.

9. Jika ia menjadi satu cadangan yang sah dan dibawa ke meja rundingan, Lim Guan Eng tidak perlu takut kerana ia akan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

10. Sekiranya Lim Guan Eng secara terus menerus hanya menjaga pemaju dan taikun-taikun besar di Pulau Pinang sahaja tanpa membantu rakyat yang susah dan memerlukan, maka tiada salah nya pihak lain mengemukakan apa jua cadangan demi kebaikan rakyat Negeri Pulau Pinang

11. Pada hakikatnya, Lim Guan Eng merupakan seorang diktator di negeri Pulau Pinang. Rakan dalam Pakatan pun memberi Gelaran nya sebagai TOKONG malahan ahli ahli DAP sendiri pun menggelar dia sebagai Pemimpin Autokratik dan Kuku Besi.

Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
 
Copyright © 2014 PenangKini.