BREAKING NEWS

Tuesday, 7 March 2017

5 Fakta Mengejutkan Mengenai Keluarga Kerajaan Arab Saudi



Kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia jadi topik yang menarik untuk dibincangkan. Tidak kira media masa mahupun media sosial, semuanya membincangkan tentang sosok Raja Salman yang terkenal dengan kekayaannya.

Raja Salman sekurang-kurangnya mempunyai kekayaan sebanyak US$17 bilion atau bersamaan dengan RM75.616 bilion. Tetapi kekayaan kepunyaan Raja Salman belum tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kekayaan keluarga Kerajaan Arab Saudi.

Salah satu perkara menarik untuk dibincangkan adalah mengenai keluarga Kerajaan Arab Saudi. 


Dikutip dari pelbagai sumber, di bawah adalah fakta-fakta mengejutkan mengenai keluarga Kerajaan Arab Saudi pasti buat anda kagum.

1. Keluarga itu dianggarkan terdiri daripada 15,000 ahli, tetapi majoriti kuasa dan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga itu hanya kira-kira 2,000 ahli.



2. Jika dikira jumlah kekayaan keluarga Kerajaan Arab Saudi nilainya boleh mencapai US$1.4 trilion atau kira-kira RM6.2 trilion.


3. Keluarga Kerajaan Arab Saudi sekurang-kurangnya mempunyai 5,000 putera. Salah seorang yang terkenal kerana ketampannya adalah Putera Abdullah bin Mutaib bin Abdullah bin Abdul Azis.

4. Keluarga kerajaan dibahagi menjadi beberapa puak. Sementara Raja Salman sendiri berasal dari puak Sudairi. Apabila ada pergantian tahta, yang akan menduduki kedudukan sebagai raja selanjutnya tidak akan berasal dari puak yang sama, atau dalam kata lain saling bergilir-gilir.

5. Menurut Wikileaks, keluarga kerajaan yang dibiayai oleh pemerintah. Anak-anak anggota keluarga kerajaan dapat menerima US $ 270,000 setiap bulan. Manakala, cucu menerima US $ 27.000 dan cicit US $ 13.000 setiap bulan. Nilai untuk wang sebesar ini merupakan data tahun 1990. Dan buat masa sekarang sudah tentu meningkat lagi.

 
Copyright © 2014 PenangKini.