BREAKING NEWS

Tuesday, 7 March 2017

Apa itu Ubat Gegat atau Naphtalene ?





NAFTHALENE merupakan sejenis bahan kompaun organik yang lazim kita dengar ketika belajar dulu. Bahan ini memang sering kita gunakan dirumah sebagai bahan penghalau serangga didalam almari baju iaitu UBAT GEGAT sebagai salah satu daripada kegunaannya (Lihat foto diatas). Ubat gegat atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Mothball' ini mampu menghapuskan serangga ini diperingkat larva. Umum mengetahui serangga ini dari menrosakkan pakaian (textiles)yang kita simpan terutama didalam almari kayu. Harga ubat gegat ini sangat murah dan mudah didapati dikedai-kedai runcit dan didapati sangat berkesan menjamin pakaian kita tidak rosak. Tetapi ramai diantara kita mungkin tidak tahu akan kandungan bahan kimia yang terkandung didalam ubat gegat tersebut. Pembacaan saya dari beberapa buku dan laman web mendapati menyatakan bahan utama dalam ubat gegat adalah Nafthalene. Bahan ini mempunyai formula C10H8 yang ujud didalam bentuk gas dan juga bentuk pejal. Ia mempunyai bau atau aroma yang kuat sehingga boleh diukur dengan kekuatan sebanyak 0.08 ppm mass. 
Nafthalene merupakan satu produk berasaskan petrol iaitu dalam bentu 'Cincin Benzin' seperti foto disebelah. Dari segi kimia, gabungan dua atau lebih cincin benzenoids ini dikenali dengan nama 'polycyclic aromatic hydrocarbon' atau ringkasnya PAH yang tidak berapa kompleks bentuknya. Lazimnya bahan pejal nafthalene berwarna putih sementara jika didalam bentuk gas ia mempunyai bau amat kuat. Rujukkan daripada sumber wikipedia mendapati, kebanyakan produk nafthalene adalah dihasilkan daripada bahan 'coal tar' walau pun ada juga dihasilkan daripada proses penapisan minyak petrol dan ia semakin berkurangan dibuat. Beberapa sifat atau ciri nafthalene diman warna asalnya daripada putih, jernih sehingga kepada warna coklat. Ia akan menjadi gas pada tekananan 0.087 mmHg dan mempunyai berat molikular padda kadar128.18 g/mol. Bahan ini juga mempunyai kadar larut dalam air pada 3 miligram/1 liter air pada keadaan suhu bilik.
Dalam pertanian dan kegunaan dirumah, bahan nafthalene paling luas digunakan untuk setor simpanan bagi mengawal serangga perosak atau cloth moths (Tineolla biselliela) yang merosakan pakaian (Lihat foto sebelah). Penggunaan ubat gegat mengandungi bahan nafthelene dapat menghindarkan serangan perosak ini didalam tempat simpanan seperti dalam almari. Bauh kuat yang dikeluarkan daripada bebola ubat gegat menghalang kehidupan perosak ini. Nafthalene juga merupakan bahan penting bagi mengawal perosak tupai (squirel), Kelawar (Bats) dan juga haiwan perosak lain didalam dusun buah-buahan jika diamalkan teknologi atau cata penggunaannya. 




 
Copyright © 2014 PenangKini.