BREAKING NEWS

Tuesday, 7 March 2017

Cara Buat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon.

Tarikh rayuan BR1M 2017 adalah dari 3 April sehingga 31 Mei 2017
Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Informasi Penting Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah tarikh penting berkenaan rayuan permohonan BR1M 2017 :-

Rayuan perlu dibuat secara manual di mana-mana cawangan LHDNTarikh Buka : 3 April 2017Tarikh Tutup : 31 Mei 2017
Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Maklumat dibawah adalah untuk rayuan BR1M 2016.

Permohonan Rayuan boleh dibuat  dengan memuat turun atau download
Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017. Borang rayuan BK-07 tahun 2017 akan dikongsikan dari masa kesemasa.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU
ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN
iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU
iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Selamat membuat rayuan BR1M 2017 dan semoga anda berjaya. Kepada yang gagal, anda boleh merayu sehingga 31 Mei 2017.
 
Copyright © 2014 PenangKini.