BREAKING NEWS

Monday, 13 March 2017

DAP Amal Pemerintahan Kuku Besi, Diktator




ALOR SETAR, 13 Mac (Bernama) -- Tindakan 182 anggota DAP di Melaka keluar parti baru-baru ini, jelas menunjukkan DAP mengamalkan pemerintahan kuku besi dan diktator, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Malah, Liow yakin lebih ramai anggota parti pembangkang itu akan membuat keputusan sama akibat tindakan pemimpin DAP terutamanya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menindas anggotanya serta tidak mendengar suara akar umbi.

"Pemimpin parti lain sudah bertukar ganti, malah MCA sudah 10 kali tukar pemimpin tapi dia (Lim Kit Siang) sudah berpuluh tahun berada di sana dan pastikan anaknya (Lim Guan Eng) mendapat kuasa. Ia tak ubah seperti Lim Kit Siang and Son Sdn Bhd.

"Kita sudah jangkakan perkara ini, memang rakyat melihat pemimpin DAP tiada hala tuju dan hanya mahu menjaga kepentingan kuasa masing-masing," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan 182 anggota DAP keluar parti kerana menyifatkan tingkah laku kepimpinan DAP sudah bertentangan dengan perjuangan asal parti berkenaan.

Pada 12 Feb lepas, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong, ADUN Kesidang Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him mengumumkan keluar DAP
 
Copyright © 2014 PenangKini.