BREAKING NEWS

Wednesday, 15 March 2017

Daripada Sibuk Manipulasi Segala Isu, Lebih Baik Dap Selesaikan Isu CEC


BUKIT BENDERA, 15 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata, daripada sibuk mencari helah memanipulasi isu bagi kelirukan rakyat, adalah lebih baik Dap menjawab segala persoalan yang telah lama diajukan oleh rakyat negeri ini.
Jelasnya, sehingga kini Dap masih gagal menjawab isu kekeliruan pengiraan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC), jawapan terhadap perumahan mampu milik, kontroversi pembelian rumah banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, kos terowong dasar laut dan paling utama yang perlu dijelaskan adalah status parti itu sendiri yang sehingga kini masih belum mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kita tahu sekarang ini pembangkang khususnya Dap sudah semakin terdesak dan akan semakin agresif memanipulasikan apa sahaja isu memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.
“Sebab itu pantang ada ruang dan peluang, mereka akan gunakan sebaik mungkin walaupun perkara tersebut menampakkan kebodohan mereka.
“Lihatlah bagaimana pembangkang memanipulasikan kunjungan Raja Arab Saudi baru-baru ini selain mereka memainkan kembali isu lama iaitu 1MDB yang sudah berkali-kali diberi penerangan dan penjelasan… Ini semua bukti mereka sudah semakin desperado,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh itu Rafizal menyeru kepada semua rakyat negeri ini khususnya anak muda agar membuka mata dan menilai kegagalan dan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dap.
Ini kerana jelasnya sepanjang lapan tahun mentadbir Pulau Pinang, tidak ada satu perkara pun yang boleh dibanggakan.
“Apa yang mereka lakukan hanyalah berpolitik sepanjang masa… mencari dan memburukkan kerajaan pusat pimpinan BN sedangkan negeri pimpinan mereka hanya membela satu bangsa.
“Jadi, kami Pemuda UMNO tidak akan terkejut sekiranya akan timbul pelbagai lagi isu yang cuba dimanipulasikan oleh pembangkang kerana itu memang kepakaran mereka apatahlagi PRU sudah semakin hampir”, katanya.
Justeru beliau berharap agar rakyat  berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang mereka.
“Sebenarnya, kini adalah masa terbaik untuk Dap selesaikan isu pendaftaran parti mereka.
“… bukan apa, takut nanti tidak layak pula untuk bertanding masa PRU,” sindirnya. 


 
Copyright © 2014 PenangKini.