BREAKING NEWS

Thursday, 9 March 2017

Didi & Friends masuk pawagam




Karya animasi Didi & Friends bakal muncul dalam kompilasi Cerita-cerita Didi & Friends dan akan ditayangkan di 13 pawagam seluruh negara.
 
Kata Pengasas Digital Durian, Sinan Ismail, penonton akan berpeluang menyaksikan 12 episod baharu Didi & Friends dalam atmosfera berbeza mulai 16 Mac nanti.
 
"Selain ditayangkan di 13 buah pawagam TGV seluruh negara, Cerita-cerita Didi & Friends akan turut ditayangkan di Astro First (480) serentak pada tarikh sama.
 
"Jika selama ini penonton hanya melihat karakter animasi kegemaran di kaca televisyen, kali ini kanak-kanak terutamanya akan dapat menonton Didi & Friends di skrin yang lebih besar.
 
"Menariknya, pawagam terpilih akan diberi suntikan dekorasi baharu yang lebih mesra keluarga dengan sistem bunyi yang tidak terlalu kuat serta pencahayaan yang lebih terang.
 
"Jika bernasib baik, mereka akan dapat bertemu dengan maskot kesukaan yang akan membuat kemunculan secara mengejut," katanya yang ditemui pada majlis sidang media tayangan istimewa Cerita-Cerita Didi & Friends di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Antara pawagam yang akan menayangkan Cerita-cerita Didi & Friends adalah TGV AU2 Setiawangsa, KLCC, Sunway Pyramid, Seremban 2, Kinta City, Tebrau City, Bukit Mertajam dan D'Pulze.
 
Pelanggan Astro First boleh menonton tayangan berdurasi 1 jam 14 minit itu dengan langganan serendah RM15.90 pada bila-bila masa selama lima hari berturut-turut.

Sumber:astro gempak
 
Copyright © 2014 PenangKini.