BREAKING NEWS

Sunday, 26 March 2017

Indonesia naikkan harga Haji 2017

Kerajaan dan Dewan Rakyat Indonesia kelmarin, bersetuju untuk menaikkan harga haji tahun ini kepada 34.9 juta rupiah (RM11,590), lebih tinggi daripada tahun lalu iaitu 34.6 juta rupiah (RM11,490).

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Agama Dewan Rakyat, Ali Taher Parasong berkata, peningkatan harga bertujuan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah seperti makanan dan khemah.

“Oleh kerana mereka akan menetap di Arab Saudi selama 41 hari berbanding 40 hari sebelumnya, perlu ada peningkatan dalam peruntukan makanan.

“Berdasarkan pemantauan musim haji tahun lalu, kerajaan bersetuju memudahkan jemaah dengan 5,330 khemah dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Agama di Jakarta Selatan. – Jakarta Post
 
Copyright © 2014 PenangKini.