BREAKING NEWS

Monday, 20 March 2017

ISTERI LIM GUAN ENG BUKAN SAHAJA DI PCCC TAPI PENGARAH SYARIKAT BERSAMA PHANG LI KHOON PEMILIK BANGLO MURAH. HEBAT!



1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar 
dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai 
Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan 
Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding 
hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.

2.  Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik 
rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal
 Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut 
mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini 
sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah 
jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?

[Baca di sini: ISTERI LIM GUAN ENG DALAM DEWAN PERNIAGAAN CINA 
DIPILIH RAKYAT? KENAPA DAP MARAH ROSMAH PENAUNG PERMATA?


3. Hari ini Lim Guan Eng mungkin sedang bergembira kerana Perbicaraan
 yang sepatutnya berlangsung 27 Mac ini ditangguhkan bagi menunggu 
keputusan rayuan pihak pembelaan untuk mencabar keputusan yang 
mengisythiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah. Lim Guan Eng
 takut berhadapan dengan kesnya maka beliau sengaja melengahkan kes dengan
 segala cara.

4. Tapi senyuman Lim Guan Eng diganggu dengan terdedahnya dokumen baru 
Betty Chew isterinya adalah rakan niaga kepada Phang Li Khoon penjual banglo
 rumah murahnya. Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Apa
 agaknya kepentingan Betty Chew dengan Phang Li Khoon yang juga rakan 
seangkatannya sebelum ini dalam PCCC. 




5. Apakah ini tujuan sebenar Betty Chew dalam PCCC dilantik sebagai Ketua Majlis 
Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah untuk menguasai ketika projek
 hartanah di Pulau Pinang? Begitu mudah bersama Phang Li Khoon sebagai Pengarah 
syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. 

6. Sememangnya sangat jelas ada 'Conflict of Interest' di situ iaitu suaminya sebagai 
Ketua Menteri dan Exco Hal Ehwal Tanah yang juga terlibat dalam urusan pembelian 
banglo Phang Li Khoon serta meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada
 Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada
 syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd milik Phang Li Khoon. 

7. Kerana kepentingan inilah Lim Guan Eng dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah 
Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta y
ang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). 

8. Lim Guan Eng sudah pening bertambah pening. YB Yeo Bee Yin yang berlagak 
pandai akhirnya jadi "senjata makan tuan'. Menjolok sarang tebuan akhirnya sendiri
 merana!.



 
Copyright © 2014 PenangKini.