BREAKING NEWS

Wednesday, 8 March 2017

Keluarga rakyat Malaysia di Korea Utara gelisah


Ahli keluarga kepada seorang kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara, antara 11 rakyat kita yang dihalang meninggalkan negara itu, berasa gelisah akan keselamatan mereka di sana.
Beliau yang tidak mahu dinamakan itu berkata tiada wakil kerajaan menghubungi mereka dengan berita terbaharu.

Beliau berkata sebelum ini keluarga sekurang-kurangnya akan terima 1 pesanan dari kakitangan tersebut.

“Kami tak dengar apa-apa sejak 2 hari lalu.

“Kami tak dapat bayangkan apa sedang berlaku. Kami harap kerajaan akan beritahu perkembangan mereka.”

Difahamkan 11 rakyat Malaysia di sana berada dalam bangunan kedutaan.
Ketegangan antara kedua negara meruncing hari ini, beberapa jam selepas kedua-dua negara menghantar pulang duta masing-masing dan mengisytiharkan mereka persona non grata.
Perkembangan itu berlaku 3 minggu selepas pembunuhan Kim Jon Nam, abang sebapa diktator Korea Utara, selepas beliau diserang 2 wanita di terminal klia2.
Korea Utara membantah siasatan Malaysia ke atas kematian Jong Nam, dan menafikan dakwaan ia dirancang Pyongyang.

Pihak berkuasa sudah mendakwa 2 wanita, seorang warga Vietnam dan seorang Indonesia, dengan pembunuhan itu. Polis juga mengenalpasti 8 warga Korea Utara untuk disoal siasat, salah seorang daripada mereka sudah dihantar pulang.

 
Copyright © 2014 PenangKini.