BREAKING NEWS

Saturday, 4 March 2017

Kenyataan Dungun Kit Siang Kononya Raja Salman tidak Akui Derma RM2.6 Billion

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang, yang berkata tiada kenyataan dari Raja Salman berhubung isu derma RM 2.6 bilion merupakan tamparan kepada Datuk Seri Najib, merupakan satu kenyataan yang paling dungu yang pernah beliau dengar daripada penasihat Dap itu sepanjang  berkecimpung dalam bidang politik di negara ini.
Menurut beliau, ternyata Kit Siang begitu terdesak dengan kehadiran Raja Salman yang secara tidak langsung mematikan isu derma RM2.6 yang didakwa pembangkang diambil daripada dana 1MDB, sehingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa untuk terus cuba membina persepsi negatif terhadap Datuk Seri Najib dalam lawatan Raja Salman ke negara ini.
“Saya kira ini adalah kenyataan paling dungu yang saya pernah dengar daripada mulut Kit Siang. Apakah dia sangka, apakah Raja Salman sebodoh pembangkang mahu bercerita tentang dana peribadi mereka secara terbuka yang diberikan untuk pemimpin Islam di seluruh negara bertujuan untuk membangun dan memperkukuhkan kedudukan Islam?
“Lagipun, isu derma RM 2.6 bilion ini sebenarnya sudah pun lama selesai sebaik sahaja Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubier memberikan kenyataan yang membenarkan kata-kata Datuk Seri Najib bahawa wang sebanyak itu adalah derma daripada keluarga di Raja Arab Saudi.
“Jadi tidak ada kepentingan bagi Raja Salman untuk membuat ulasan atau memberi kenyataan secara terbuka tentang isu derma RM 2.6 bilion hanya kerana ianya dibangkitkan oleh pembangkang, kerana ianya telah lama selesai. Ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dibincang dan diumumkan terutama dalam bab hubungan dua hala serta pelaburan Arab Saudi di Malaysia.
“Cuma pembangkang sahaja yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa tembelang fitnah dan tohmahan mereka terhadap Datuk Seri Najib berhubung isu dana ini terbukti tidak benar dengan kehadiran Raja Salman ke negara ini. Sebab itu mereka terus membangkitkan isu ini biarpun ia sudah menjadi isu lapuk di mana penjelasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak di kedua-dua buah negara,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Ekoran lawatan Raja Salman ke negara ini, pembangkang menurut Ismail menjadi semakin terdesak kerana isu dana RM2.6 bilion yang selama ini menjadi senjata mereka untuk memfitnah Datuk Seri Najib gagal dan musnah dengan kehadiran Raja Arab Saudi itu ke negara ini.
“Seperti mana yang dikatakan oleh seorang penyarah baru-baru ini, Prof Madya Dr Hanafiah Harun, sekiranya Datuk Seri Najib menggunakan nama keluarga di Raja Arab Saudi untuk menutup kesalahannya dalam isu dana ini, sudah pasti Raja Salman tidak akan menjejakkan kaki ke negara ini dan sudah pastinya keluarga Di Raja Arab Saudi akan membuat kenyataan rasmi meminta Datuk Seri Najib menarik balik kenyataannya itu.
“Tetapi perkara itu tidak berlaku, malah kedatangan Raja Salman ke Malaysia telah memperlihatkan hubungan erat beliau dengan Datuk Seri Najib dan telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM37 bilion ke atas projek Rapid di Pengerang itu.
“Bukan itu sahaja, bahkan beliau juga bersetuju untuk menambah kuota haji Malaysia sebanyak 30 ribu jemaah dan turut mengumumkan akan bekerjasama dalam beberapa bidang, termasuklah dalam bidang pendidikan dengan memberikan biasiswa bagi para pelajar yang melanjutkan pelajaran di negara mereka.
“Jadi inilah yang pembangkang takutkan. Mereka telah berusaha keras selama ini cuba mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa dana sebanyak RM2.6 bilion itu diambil daripada dana 1MDB, tetapi kehadiran Raja Salman ini telah menghancurkan segala perancangan fitnah dan tohmahan mereka. Sebab itulah mereka agak kelam kabut sehingga Kit Siang boleh keluarkan kenyataan sebodoh itu,” ujarnya sinis.-MediaUMNO

 
Copyright © 2014 PenangKini.