BREAKING NEWS

Friday, 3 March 2017

Akar Umbi PAS Berkumpul Sokong Hadi Putuskan Hubungan Dengan DAP


KEPALA BATAS: Lebih 50 ahli Pas di kawasan ini berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan hubungan dengan DAP.
Wakil kumpulan itu, Azmi Man berkata, Abdul Hadi selaku Presiden telah membuat keputusan rasional bagi memastikan Pas tidak terus diperkotak-katikkan oleh DAP dan sekutunya.
Pada masa sama, Azmi berkata, sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang cuba campur tangan dalam urusan penfatwaan di negeri ini juga tidak dapat diterima oleh umat Islam.
“Kami memberi amaran keras kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bapanya, Lit Kit Siang supaya tidak bertindak keterlaluan khususnya dalam hal yang menyentuh tentang umat Islam, " katanya sewaktu demonstrasi di hadapan Masjid Jamiul Badawi di sini selepas solat Jumaat.
Kumpulan berkenaan turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam DAP dalam demonstrasi itu yang berlangsung kira-kira 20 minit.
- Utusan Malaysia
 
Copyright © 2014 PenangKini.