BREAKING NEWS

Monday, 13 March 2017

Kerajaan Kaji Elaun Bekas Kakitangan KEMAS


BERA, 12 Mac (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengkaji pemberian elaun bulanan kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang tidak menerima elaun itu kerana menamatkan perkhidmatan sebelum umur 55 tahun.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya bersedia mengkaji pemberian elaun itu dalam pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan kerana pihaknya sentiasa mengambil berat nasib semua bekas kakitangan Kemas.

"...kami akan kaji dan kalau kami rasakan boleh, kami sokong, tetapi akhirnya bajetlah yang akan menentukannya. Pada masa ini belum ada surat daripada PBAKM (Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia) untuk datang berjumpa dengan saya dan kami akan layan seperti biasa," katanya
 
Copyright © 2014 PenangKini.