BREAKING NEWS

Wednesday, 29 March 2017

Kerajaan Tidak Tutup 30 Kedutaan Malaysia - Reezal Merican




Kerajaan tidak  berharsat menutup 30 pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara seperti yang didakwa pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Selasa.

Beliau berkata kesemua pejabat kedutaan itu penting bagi memastikan hubungan serta dasar luar dengan negara-negara berkenaan terus terpelihara.

Jelas Reezal, negara  mempunyai 108 pejabat kedutaan di luar negara dan  jumlahnya lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand.

“Kerajaan sentiasa melakukan kajian berkala berkaitan keperluan pejabat kedutaan.

“Walaupun ada negara kita lihat keperluan pejabat kedutaan tidak ada, tetapi duta akreditasi perlu ada bagi memastikan dasar hubungan luar dengan negara terbabit tetap terpelihara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Sebelum itu Ahli Parlimen PAN, Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika perbahasan rang undang-undang itu mendakwa terdapat cadangan oleh kerajaan untuk menutup 30 pejabat kedutaannya di luar negara.
 
Copyright © 2014 PenangKini.