BREAKING NEWS

Saturday, 11 March 2017

KRISIS KOREA UTARA: MUHYIDDIN USAH BERSANGKA BURUK, DOAKAN YANG TERBAIK

_10 MAC 2017 | 11 JAMADIL AKHIR 1438H_

*KENYATAAN MEDIA*

*Ab Aziz Kaprawi*
_Ahli Majlis Tertinggi UMNO_
_Ketua UMNO Bahagian Sri Gading_

*KRISIS KOREA UTARA: MUHYIDDIN USAH BERSANGKA BURUK, DOAKAN YANG TERBAIK*

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak atas pengendalian krisis hubungan diplomatik Korea Utara dengan tegas, teguh dengan pendirian kedaulatan negara dan baik sehingga berjaya membawa pulang 2 orang rakyat negara kita setakat ini.

2. Negara-negara luar juga telah memberikan pujian dan sokongan kepada negara kita terutamanya mengenai bagaimana kerajaan mengendalikan krisis ini, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura.

3. Begitu juga Pemimpin dari parti pembangkang seperti PAS dan DAP turut memuji dan menyokong tindakan  dan pendirian kerajaan.

4. Ini bukan kali pertama Malaysia menghadapi krisis yang membabitkan negara luar.

5. Kerajaan pada hari ini berpengalaman mengendalikan krisis  yang melibatkan negara luar seperti MH17, MH370, dan Lahad Datu.

6. Walau bagaimanapun, pada waktu kita sedang diuji dengan situasi yang tegang ini, terdapat juga ahli politik membuat kenyataan dengan  niat jahat yang tersembunyi.

7. Saya merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berhubung krisis diplomatik dengan Korea Utara ini.

8. Muhyiddin tidak perlu untuk mengeluarkan kenyataan berbentuk kononnya ingin menasihatkan kerajaan tentang bagaimana hendak mengendalikan krisis ini.

9. Muhyiddin juga jangan bersangka buruk bahawa ada pihak yang boleh mendapat dividen politik dalam negara melalui insiden ini.

10. Saat ini, setiap daripada kita tanpa mengira pegangan politik harus bersatu dan memberikan sokongan penuh terhadap usaha yang sedang dijalankankan.

11. Jangan berpolitik tentang isu-isu yang melibatkan keselamatan rakyat kita sendiri.

12. Matlamat akhir kerajaan adalah untuk memastikan baki sembilan (9) orang lagi rakyat negara kita yang sedang terkandas di Korea Utara dapat pulang dengan keadaan selamat.

13. Sama-sama kita berdoa agar diberikan hidayah dan petunjuk agar perbincangan bersama Korea Utara ini mendapat keputusan yang baik dan kes pembunuhan tersebut dapat diselesaikan.

*----TAMAT----*
 
Copyright © 2014 PenangKini.