BREAKING NEWS

Sunday, 5 March 2017

Lelaki Warga Malaysia Maut Dalam Bilik Di Pulau Phuket



Lelaki warga Malaysia ditemui maut dalam bilik hotel White Patong yang bertempat di Pulau Phuket, Thailand apabila tukang bersih ingin mengemas biliknya pada pukul 2 petang tadi. 

Memetik laporan media dari Thailand, Phuket Gazette, pihak polis tempatan mengesahkan lelaki tersebut berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Lee Tzu Yuen ketika ditemui polis, mayatnya kelihatan berbaring secara bogel atas katil. 

" Tiada kesan pengelutan atau rompakan di tempat kejadian." Menurut polis, mangsa berkemungkinan maut akibat minuman arak berlebihan. 

Selain itu, kakitangan hotel memaklumkan kepada pemberita, mangsa dikatakan sangat suka datang ke Pulau Phukat, kerana sejak bulan Februari mangsa telah banyak kali menginap di hotel tersebut bersama isterinya. 

Jurucakap polis tempatan , Col Jongserm turut beritahu, pasangan suami isteri terbabit sering kali mengunjung ke Pulau Phuket, kali terakhir adalah pada 8hb Februari tahun ini, selepas itu, mangsa hanya datang bersendirian. 

Pihak polis telah menghubungi kedutaan Malaysia di Thailand berhubung kejadian ini, ujar Col Jongserm lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.