BREAKING NEWS

Tuesday, 14 March 2017

Lim Guan Eng Disarankan Bina Pejabat DAP Di Sebelah Loji Kumbahan

Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta berhenti menyalahkan media berhubung isu tawaran penjualan tanah berkeluasan 8.1 hektar untuk pembinaan kuil dan gereja, yang didakwa terletak bersebelahan loji kumbahan di Mak Mandin, Butterworth.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng, berkata ia berikutan tindakan Guan Eng yang terus menyalahkan media kerana membongkar isu tawaran kerajaan negeri untuk menjual tanah kepada kumpulan keagamaan bukan Islam, bagi memberi laluan pembinaan kuil dan gereja.
Beliau berkata, pelbagai tuduhan dibuat Guan Eng terhadap media berhubung isu terbabit bertentangan dengan perjuangan yang lantang diketengahkan dalam menuntut hak kebebasan media.
Lim Guan Eng Tawarkan Tanah Sebelah Kolam Kumbahan Untuk Bina Gereja & Kuil
“Pendek kata, Guan Eng sebenarnya tidak mahu perkara ini diketahui umum atau media. Guan Eng perlu berhenti menyerang media yang melakukan kerja mereka.
“Sebelum ini, Guan Eng ada nyatakan rancangan itu jauh dari kolam kumbahan tetapi kini tiba-tiba beliau membangkitkan isu zon penampan ditetapkan bagi kolam loji kumbahan, iaitu pembangunan hanya boleh dibuat dalam lingkungan 30 meter dari kolam berkenaan.
“Persoalannya, kenapa Guan Eng tidak pernah bangkitkan isu zon penampan sebelum memaklumkan hasrat menjual tanah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Lim Guan Eng Malu Tanah Gereja & Kuil Sebelah Kolam Kumbahan
Sebelum ini, beberapa kumpulan keagamaan bukan Islam menyatakan hasrat membeli tanah berkenaan bagi membina gereja dan kuil walaupun ada dakwaan tapak terbabit memiliki elemen feng shui tidak baik, selain mendakwa ia tidak sesuai kerana terletak di belakang tiga kolam kumbahan di loji rawatan Mak Mandin.
Teik Cheng turut mencadangkan Guan Eng dan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, membina rumah di tanah terbabit kerana menyifatkan pembinaan gereja dan kuil wajar dibina di lokasi lebih baik bukan bersebelahan loji kumbahan.
“Kita cadangkan Guan Eng dan Hock Seng membina Pejabat DAP negeri atas tanah yang berbau busuk itu kerana bersebelahan loji kumbahan.
“Bagi kita, rancangan kerajaan negeri ini (menawarkan penjualan tanah) adalah tidak ikhlas,” katanya. -Wakeup Malaya
lim guan eng DAP Kata Bukan Kolam Kumbahan Tapi 'Takungan Pembersihan Najis Semulajadi'
 
Copyright © 2014 PenangKini.