BREAKING NEWS

Friday, 3 March 2017

Lim Guan Eng Yang Patut Bercuti, Bukan Kit Siang Yang Suruh Orang Lain



Tidak ada apa yang lebih teruk dalam DAP melainkan pemimpinnya sahaja khususnya Penasihatnya Lim Kit Siang dan anaknya Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.
Hari ini, Kit Siang menyarankan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk bercuti dari tugas kerana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menaham enam orang termasuk anak dan Pegawai Khas Exco Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.
Susulan penangkapan itu, 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas.
“Patutkah Khaled bercuti seperti Abdul Latif?” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Kes ini tidak ada kaitan pun dengan Mohamed Khaled tetapi Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah itu menyuruh beliau bercuti daripada tugas mentadbir negeri.
Bagaimanapun, kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng membeli rumah banglo besar di Georgetown dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran, Kit Siang tidak langsung menyuruh anaknya itu bercuti sementara siasatan dijalankan.
Malahan, DAP menganjurkan pula satu majlis bertemu para pemimpin untuk mencari kaedah mempertahankan Guan Eng biarpun sudah disiasat dan dituduh di mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa.
Kit Siang ingat rakyat tidak tahu bagaimana pilih kasihnya dia dalam hal ini apabila menyuruh Menteri Besar negeri lain bercuti tetapi tidak menyuruh anaknya sendiri bercuti.
Guan Eng pada masa ini bukan sepatutnya bercuti tetapi sudah patut meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan sebagai Setiausaha Agung DAP.
Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan kalau DAP ialah sebuah parti yang dikendalikan kebanyakannya oleh talian keluarga dan nepotisme, pastinya mereka kekal di sana dan terus berkuasa.
Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang turut sama mempersoalkan Kit Siang mengapa tidak menyuruh anaknya sendiri bercuti.
“Bagaimana dengan anak kamu? Mengapa beliau tidak bercuti walaupun perbicaraan kes rasuah akan dibicarakan di mahkamah? Kenapa?” soalnya dalam laman sosial.
Jun lalu, Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan menyalahkan tindakan itu angkara pesaing politiknya. – pru14.tv

 
Copyright © 2014 PenangKini.