BREAKING NEWS

Sunday, 12 March 2017

Maut kereta terbabas ke longkang

Georgetown: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas ke longkang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian itu, Honda Accord dinaiki mangsa ditemui orang awam jam 3 petang tadi sebelum memaklumkan kepada bomba untuk tindakan lanjut.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Zainol Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.16 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, ketika diperiksa, ada dua mangsa terperangkap.
Katanya, mangsa pertama berusia 38 tahun dikeluarkan melalui cermin belakang yang pecah.
"Mangsa kedua berusia 25 tahun pula dikeluarkan menggunakan peralatan khas selepas tersepit di bawah kereta," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Mayat dibawa ke HPP untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-Harian Metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.