BREAKING NEWS

Sunday, 26 March 2017

PAN Perlu Henti guna nama Nik Aziz untuk modal politik


Satu laporan polis dibuat keluarga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini terhadap Amanah.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik Harakah Daily berkata, abangnya, Nik Adli, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada jam 10.30 pagi tadi.
Beliau berkata, sebuah seminar anjuran Amanah menjaja nama bapanya yang dianggap satu penghinaan kepada Nik Aziz yang sentiasa konsisten dalam perjuangan PAS ketika beliau masih hidup.

“Amanah mahu menganjurkan sebuah seminar menggunakan nama tok guru dan parti itu mendakwa bapa saya akan menyokong Amanah, jika beliau masih hidup.
“Saya menganggap ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya pada sidang media di rumah keluarganya di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini.
Nik Abduh berkata, keluarganya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah, jika pemimpin parti itu terus menggunakan nama bekas mursyidul am PAS itu demi kepentingan politik mereka.
Amanah melalui laman webnya http://amanahdaily.com pada 20 Mac lalu mengumumkan parti itu menganjurkan seminar “Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat” pada 9 April ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela.
 
Copyright © 2014 PenangKini.