BREAKING NEWS

Monday, 27 March 2017

PAS dakwa bendera diturunkan kerana majlis Guan Eng

PAS kawasan di Butterworth mendakwa bendera mereka dirampas pihak berkuasa tempatan, kerana ketua menteri Pulau Pinang akan merasmikan sebuah acara di lokasi berhampiran.





 Ketua Penerangan Pemuda PAS Bagan Muhd Hafiz Ilyas berkata berpuluh bendera PAS yang dinaikkan sebagai tanda arah ke mesyuarat agung tahunan ke-21 di Kampung Benggali diturunkan semalam.


Kebetulan mesyuarat dianjurkan pada tarikh yang sama dengan program yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Bagan.

“Penaikan bendera PAS khas untuk perwakilan dan perasmi sebagai penanda bukannya provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini, mempertikaikan mengapa penguatkuasa perlu dikerah untuk menurunkan tanda arah mereka.
“Perbualan telefon pihak berkuasa dengan pihak atasan jelas kedengaran ini,” katanya.
“Ini bukti yang jelas kerajaan DAP kini sama sahaja dengan Umno-BN apabila melihat kebangkitan PAS terutama Islam dihalang walau hanya semata-mata kain hijau berlambangkan bulan putih.”
Hafiz berkata pihak berkuasa tempatan sudah memulangkan bendera berkenaan kepada mereka
 
Copyright © 2014 PenangKini.