BREAKING NEWS

Sunday, 5 March 2017

Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) Peringkat Negeri Pulau Pinang dilancar

Majlis pelancaran penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia ( PSSMM ) peringkat negeri Pulau pinang yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr.Hilmi Hj Yahaya , Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau.

Tujuan utama penubuhan PSSMM ialah bagi membantu anggota tetap Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.PSSMM juga akan memberi pendedahan kepada orang awam tentang aktiviti, latihan dan tugas-tugas Maritim Malaysia.

PSSMM penting terhadap Maritim Malaysia bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat di laut. PSSMM menjadi strategi serampang dua mata ini dapat di gunakan dengan menjadikan komuniti maritim sebagai “mata dan telinga” kepada Maritim Malaysia. Seterusnya dapat menyalurkan maklumat untuk menangani isu keselamatan di perairan Negara termasuk ancaman penganas, pendatang tanpa izin, pelarian, lanun dan jenayah maritim rentas sempadan.

Difahamkan, Maritim Malaysia menyasarkan mempunyai kira-kira 5,000 anggota PSSMM di seluruh negara yang berperanan membantu tugas-tugas agensi itu dan bakal mewujudkan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) juga akan di wujudkan di sekolah-sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).









 
Copyright © 2014 PenangKini.