BREAKING NEWS

Wednesday, 1 March 2017

Penduduk Pulau Pinang mahu stesen LRT mudah akses

Naib Pengerusi Cawangan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Pulau Pinang, Hun Keng Kuan, berharap pihak berkuasa negeri dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) boleh membina stesen transit aliran ringan (LRT) yang mudah diakses pengguna.
Beliau berkata selepas melihat dokumen berkaitan dengan PTMP di George Town, Pulau Pinang semalam.
Katanya kepada Bernama, walaupun persekutuan itu menyokong PTMP, perubahan perlu dibuat terutamanya berkaitan dengan lokasi stesen.

“Penduduk Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mengkaji semula cadangan projek stesen agar ia boleh berkekalan bagi tempoh jangka panjang.
“Stesen LRT perlu terletak di kawasan strategik berpenduduk padat dan kawasan awam bagi menarik pengguna.”
Hun berkata lebih banyak parkir kereta perlu dibina di stesen LRT, kerana ia akan memudahkan pengguna.
PTMP yang bernilai RM46 bilion merupakan projek pengangkutan mega Pulau Pinang merangkumi lebuh raya dan rangkaian kereta api, serta pembangunan 3 pulau buatan manusia di selatan negeri ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.