BREAKING NEWS

Tuesday, 14 March 2017

Portal SEBENARNYA.MY Dilancar untuk semak kesahihan berita


Portal SEBENARNYA.MY dilancarkan hari ini bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial.
Dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.
Berucap pada majlis pelancaran portal itu, Salleh berkata maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.
Katanya, MCMC sehingga kini telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular di dalam negara.
“Berita palsu, bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.
“Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah,” katanya.
— BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.