BREAKING NEWS

Tuesday, 7 March 2017

Pyongyang larang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara

 Rejim Korea Utara berkata ia tidak membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara itu, beberapa jam selepas kedua-dua negara menghantar pulang duta masing-masing, ketika hubungan diplomatik semakin tegang.
“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara ini sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik,” kata pegawai media kawalan kerajaan Korea Central News Korea, memetik kementerian luar negara itu.

Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.
Hubungan antara dua negara itu tegang selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari.
 
Copyright © 2014 PenangKini.