BREAKING NEWS

Wednesday, 1 March 2017

SHELL Bakal tukar nama

Menurut laporan Bernama,  penukaran nama itu dibuat berikutan pengambilalihan ekuiti SRC sebanyak 51 peratus oleh Malaysia Hengyuan International Ltd dengan harga AS$66.3 juta (RM294.46 juta) pada tahun lalu.

"Sekarang ini, kami sedang bekerjasama dengan Kumpulan Hengyuan untuk melihat bagaimana kami boleh mengoptimumkan lagi kemudahan penapisan terbabit dan memastikan bahawa kami boleh menyampaikan produk mengikut spesifikasi tempatan.

"Kami juga akan belajar cara terbaik untuk memanfaatkan pasaran penapisan dan faedah jika kami memindahkan produk kilang penapis itu dari Malaysia ke China," katanya kepada media selepas mesyuarat agung luar biasa SRC di sini.

Stals ketika menyentuh mengenai prospek bagi tahun berkenaan memberitahu, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, pengurusan risiko kewangan dan penghasilan produk yang berkualiti tinggi bagi memaksimumkan margin.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SRC mengumumkan bahawa keuntungan sebelum cukai syarikat itu menurun kepada RM335.27 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 daripada RM352.58 juta yang dicatat dalam 2015.

Pendapatan turut merosot kepada RM8.36 bilion daripada RM9.08 bilion sebelum ini disebabkan harga produk yang lebih rendah. Pada 4.51 petang, harga saham SRC menokok sebanyak 59 sen pada RM3.82 dengan 5.57 juta saham bertukar tangan. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.