BREAKING NEWS

Friday, 3 March 2017

Siapa Yang Gila Sebenarnya, Azmin Atau Klinik Kerajaan?


Baru-baru ini, disaat semua pihak sibuk menguruskan kehadiran Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali sengaja mencari publisiti murahan dengan mengutuk kewujudan Klinik 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Beliau mendakwa, klinik berkenaan hanya diwujudkan untuk menyediakan bekalan ubat yang tidak berkualiti kepada pesakit. Beliau mendakwa, klinik berkenaan hanya menyediakan ubat “panadol” sahaja buat pesakit tanpa mengira apa jua jenis penyakit. Lebih teruk lagi, beliau mendakwa, klinik berkenaan langsung tidak mempunyai doktor untuk merawat pesakit.
Sebagai pelan alternatif, Azmin dikatakakan telah mewujudkan Skim RM50 kepada rakyat Selangor bagi menggalakkan rakyat Selangor yang dihinggapi penyakit untuk terus ke klinik swasta yang ada di negeri Selangor. Dakwanya, rawatan dan ubat-ubatan yang diterima di klinik swasta jauh lebih berkualiti dari apa yang disediakan di Klinik Rakyat 1 Malaysia.
Persoalannya, kegilaan apakah yang cuba diwujudkan Azmin hari ini? Mari kita soroti cara rawatan yang disediakan di Klinik 1 Malaysia dan klinik swasta. Jika kita pernah berkunjung ke Klinik 1 Malaysia, caj rawatan yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia hanyalah RM 1 tanpa mengira apa jua jenis penyakit.
Melalui pengalaman penulis sendiri, cara rawatan yang dilakukan di klinik ini sebenarnya cukup efisyen, sama seperti apa yang diamalkan di semua hospital-hospital milik kerajaan. Malah fasiliti asas rawatan juga turut disediakan termasuk merawat luka, bantuan penafasan sekiranya diserang asma dan sebagainya. Adakah ini yang didakwa Azmin sebagai klinik yang tidak berguna?
Jika Azmin mempertikaikan ubat-ubatan di Klinik 1 Malaysia, ubat-ubatannya adalah sama seperti yang diberikan menerusi farmasi-farmasi di hospital-hospital kerajaan. Apa yang harus difahami adalah, klinik ini diwujudkan kerajaan untuk merawat pesakit-pesakit ringan di mana mereka tidak perlu untuk menunggu dengan agak lama jika mahu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Jika kita ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, caj rawatannya juga sama iaitu RM 1 untuk pesakit biasa dan RM 5 untuk mendapatkan khidmat doktor pakar. Ubat-ubatannya pula adalah yang terbaik yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan dan bukannya ubat “panadol” seperti yang didakwa Azmin baru-baru ini.
Bagaimana pula dengan klinik swasta? mungkin Azmin merasakan rawatan di klinik swasta jauh lebih baik. Namun, sepanjang penulis sendiri mahu mendaparkan rawatan di klinik swasta, pastinya penulis atau keluarga terpaksa berulang sekali lagi ke klinik ini untuk mendapatkan bekalan ubat kerana jika penulis mengalami demam selsema, ubat yang dibekalkan, langsung tidak mampu meredakan sakit berkenaan.
Lebih melucukan, jika terdapat kes-kes yang serius seperti diserang asma dan sebagainya, doktor di klinik swasta akan merujuk pesakit ini ke hospital kerajaan. Sudahlah terpaksa di rujuk ke hospital, caj yang dikenakan juga agak tinggi antara RM 40 hingga RM 100 untuk sekali rawatan. Adakah ini berbaloi buat Azmin?
Satu lagi persoalan yang ingin ditanyakan kepada Azmin. Adakah setiap seorang rakyat Selangor berhak untuk mendapatkan bantuan Skim RM 50 ini? Jika ya, bagaimana pula pesakit yang terpaksa berulang alik ke klinik yang sama? Adakah pesakit berkenaan juga akan mendapat bantuan yang sama sepanjang pesakit berkenaan berulang alik ke klinik berkenaan?
Berhentilah Azmin dari bertindak seperti orang bodoh. Bersyukurlah kerana Malaysia satu-satunya negara yang hanya mengenakan RM 1 sahaja kepada setiap pesakit luar. Bandingkan caj ini dengan negara kelahiran Azmin itu sendiri. Baru sahaja mendaftar, pesakit berkenaan terpaksa membayar RM 60 ringgit dan itu belum termasuk ubat-ubatannya.
Adakah Skim RM 50 ini lambang kepada Negeri Berkebajikan yang diilhamkan oleh PKR dan Pakatan Harapan sebelum ini? Ini bukan membantu rakyat sebaliknya peruntukan RM 125 juta ini kelihatan seperti mahu diagih-agihkan kepada pusat-pusat rawatan swasta yang ada di Selangor secara senyap.
PRU14.TV
 
Copyright © 2014 PenangKini.