BREAKING NEWS

Saturday, 4 March 2017

Tangan palsu cetakan 3D beri peluang remaja lelaki ‘bersalam’

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan di tangan akhirnya kini dapat bersalaman dengan selesa dan mengangkat barang, terima kasih kepada tangan palsu dibuat bekas guru dengan bantuan video YouTube dan pencetak 3D.
Mohd Akmal Danial Mohd Hassan, 13, tersenyum ketika mengangkat sebotol air di depan sekumpulan wartawan di rumahnya di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Danial dilahirkan dengan tangannya cacat, jarinya di sebelah tangan kanan pendek-pendek.
Kini, tangan palsu warna putih dan merah jambu yang dibuat menggunakan plastik dan getah, Danial kini boleh menggerakkan tangan dan jarinya dengan mudah.

bionic-hand,-Sujana-Mohd-Rejab,-3D-printing,-prosthetics,-artificial-limbs
“Saya boleh pegang barang sekarang. Saya biasa angkat barang kecil dan ringan guna tangan kanan tetapi selalu terkeluar.
“Saya tidak sabar nak kembali ke sekolah dan bersalam dengan rakan-rakan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Rusa, kira-kira 10km dari bandar Balik Pulau.
Tangan dapat berlaku menerusi pergerakan di jarinya yang membolehkan Danial menggoyangkan “jari” baharunya.
Pelajar tingkatan 1 SMK St George Balik Pulau itu memang kidal sepanjang hidupnya, tetapi sebalik kekurangan dirinya, dia masih menghulurkan salam kepada orang lain.
Bapanya, Mohd Hassan Ahmad, 64, tidak turut serta semalam kerana sedang menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Ibunya, Rahana Kechut, 56, gembira dengan tangan palsu baharu itu.
“Alhamdulillah. Walaupun dilahirkan dengan kecacatan, Danial sangat positif budaknya, taat dan popular dalam kalangan kawan di sekolah. Bila ada tangan ini akan buat dia lebih yakin,” kata Rahana.
Insan di sebalik tangan palsu itu ialah bekas guru sekolah dan kini pembuat anggota badan palsu, Sujana Mohd Rejab, 48, dari Taiping, Perak.
Tiada latar belakang kejuruteraan
Sujana setakat ini membantu mereka yang mengalami kecacatan anggota, satu demi satu kerana beliau beroperasi sendirian.
Apa yang lebih mengejutkan, beliau tidak ada latar belakang kejuruteraan dan belajar membina tangan mekanikal menggunakan sumber panduan dari atas talian.
“Saya akui, saya lulusan Universiti Google dan YouTube.
“Dan terima kasih kepada ‘hamba Allah’ yang menderma dan orang ramai untuk kerja penyelidikan dan pembangunan saya, dapat saya membantu orang kurang upaya,” katanya.
Sujana berkata beliau tidak mahu meletakkan harga setiap apa yang sedang dilakukannya, tetapi katanya ia tidak semahal tangan palsu yang dijual lebih RM20,000 setiap satu.
Beliau mengambil bayaran kecil untuk setiap anggota bagi mereka yang boleh membayarnya dan setakat ini mendermakan lebih 300 anggota palsu di seluruh dunia, termasuk negara di Timur Tengah.
Katanya, tangan palsu seperti dibuatnya untuk Danial biasanya mengambil masa sehari untuk dicetak menggunakan pencetak 3D, dan sehari setengah lagi untuk dicantumkan.
Sujana berkata tangan diberikan kepada Danial itu model mekanikal paling asas, menggunakan bahagian plastik dan gelang getah.
Beliau juga membina prototaip tangan diaktifkan guna suara dan satu lagi menggunakan “isyarat otak”.
“Pada masa ini, ia sedang diuji di Nepal dan Afrika. Saya dengar ia berfungsi dengan baik. Ada baik pulih yang boleh dibuat,” katanya.
Katanya, beliau mempunyai 2 tangan palsu, salah satunya digunakan Danial, sementara satu lagi model menggunakan kawalan otot menerusi bisep pemakai.
“Mungkin dalam 2 tahun lagi, saya dapat pasangkan tangan palsu kawalan otak pada Danial. Tangan yang dipakai sekarang boleh dijadikan sebagai latihan,” katanya.
Sujana, yang belajar di Sekolah King Edward VII Taiping berkata, beliau mempunyai peralatan ringkas di rumah untuk membina anggota badan itu.
Beliau mempunyai sebuah komputer dengan perisian CAD dan pencetak 3D, yang dibeli dengan harga RM5,000 ketika memulakan projeknya.
Sujana berkata beliau ada mengikuti kursus pengaturcaraan di Kuala Lumpur sebelum ini.


 
Copyright © 2014 PenangKini.