BREAKING NEWS

Sunday, 30 April 2017

Usul desak Guan Eng ambil cuti dikemukakan

DAP cabaran utama BN

DAP yang mengetuai Pakatan Harapan adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Menurut Ketua Pe­nerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ini kerana DAP terbukti lebih berkuasa berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang di­lihat hanya menjadi ‘pak turut’.

“Yang mencabar BN bukan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PAN kerana parti-parti itu lahir daripada strategi pecah-belah yang dalangnya adalah satu sahaja parti konsisten sejak awal iaitu DAP.


“Maka generasi kita yang dibina kerajaan BN dengan apa sahaja yang diterima dan dicapai kekal diuji lagi pada pilihan raya umum akan datang. Walaupun nampak seperti banyak parti, tetapi sebenarnya adalah DAP,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Rakyat: Negaraku Ge­nerasiku di Mentakab malam tadi.

Yang hadir sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin; Pre­siden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk T. Murugiah; Timbalan Speaker Gerakan, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof dan Naib Presiden MyPPP, Ong Chee Keong.

Menurut Annuar, DAP terbukti mempunyai kuasa dominan dalam Pakatan Harapan termasuk dari segi jumlah kerusi di Parlimen sehingga menyebabkan yang lain terpaksa patuh kepada parti dikuasai Lim Kit Siang itu.

Beliau mengingatkan rakyat supaya membuat keputusan tepat pada pilihan raya akan datang sebagai cara menghargai peluang ‘hidup bernegara dalam kepelbagaian kaum’ secara harmoni yang dikecapi sekarang.

Katanya, nikmat itu adalah hasil usaha BN yang diterapkan sejak zaman Parti Perikatan dan UMNO pada awal penubuhannya untuk membantu orang Melayu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan, Annuar berkata, pembentukan orde baharu politik akan muncul sekiranya Pas memutuskan hubungan atau tahaluf siyasi dengan PKR yang menganggotai Pakatan Harapan diketuai DAP.

Beliau berkata, Pas sebelum ini telah memutuskan hubungan dengan DAP, PAN dan PPBM yang mana menerusi orde baharu politik itu, parti tersebut akan bergerak ke arah membentuk kuasa ketiga.

“Agak sukar untuk kita meramalkan apa boleh berlaku, tetapi itu merupakan tamparan kepada Pakatan Harapan yang sekali lagi membuktikan bahawa politik berasaskan kebencian bukan formula berkesan untuk memberi pembelaan kepada rakyat.

“Perkara ini juga telah kita lihat berkali-kali dan ini satu lagi manifestasi bahawa formula Pakatan Harapan adalah rapuh dan sesuatu yang harus kita elakkan,” katanya.


UTUSAN

Zairil Berbohong ?



Orang ramai sedang menanti bilakah Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir dan aktivis parti itu, Dyana Sofya mahu membuat aduan polis berhubung foto intim mereka yang tular. 

Setakat ini kedua-duanya belum berbuat demikian walaupun sebelum ini Zairil mendakwa foto itu palsu dan mahu bertindak.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada Zairil mahupun Dyana. 

Awang tertanya-tanya apakah foto itu sebenarnya tulen sehingga mereka berdua tidak mahu siasatan dijalankan. Dyana dalam reaksinya tidak menafikan foto intim itu dan sekadar merungut. 

Persoalan timbul sekiranya perbuatan sumbang yang terakam menerusi foto itu benar, bererti Zairil berbohong untuk selamatkan dirinya. Maka beliau perlu memohon maaf bukan sahaja kepada UMNO malah rakyat Malaysia. 

UTUSAN

HADI DAN MUSUH ISLAM


Muktamar Agung Pas memberi isyarat jelas bahawa parti itu meletakkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Penegasan Presidennya, Hadi Awang (sehari sebelum muktamar) yang menyifatkan DAP dan sekutunya sebagai ancaman kepada Islam, cukup keras. Ucapan perasmian beliau kelmarin juga hampir sama nadanya - menyerang balas Pakatan Harapan. 

Kelantangan Hadi itu dilihat sebagai semboyan perang buat ahli-ahli dan para penyokong menjelang PRU-14 nanti. 

Lebih-lebih lagi Hadi baru sahaja dipilih semula sebagai Presiden Pas (menang tanpa bertanding) dan mencapai kemenangan moral selepas pembentangan RUU 335 di Dewan Rakyat baru-baru ini. 

Bukan sahaja DAP, PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diisytiharkan musuh, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda turut meluluskan usul menamatkan hubungan dengan PKR. 

Muktamar itu juga menyaksikan para perwakilan Pas membidas kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Awang lihat perkembangan terbaharu ini petanda buruk buat Pakatan Harapan. Segala penghinaan, permusuhan dan pengkhianatan oleh Pakatan Harapan diketuai pemimpin de facto DAP, Lim Kit Siang terhadap Pas ditentang habis-habisan, yang akan mencapai kemuncaknya pada PRU-14. Jangan diambil mudah Hadi dan Pas, senyuman boleh bertukar amukan.

UTUSAN

UMNO mampu satu padukan Melayu

"Insya-Allah UMNO diizinkan Allah untuk menyelamatkan Melayu dan Islam di negara ini."

Itu kata-kata yang terbit dari mulut bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Allahyarham Tun Saadon Zubir ketika berbual dengan Tan Sri Hussein Ahmad, 83, dalam pertemuan tidak sengaja mereka di Bangunan UMNO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1961.

Meskipun sudah 56 tahun berlalu, nasihat berkenaan sentiasa dipegang oleh Hussein dan berharap lebih tiga juta ahli UMNO pada hari ini dapat menghayati kata-kata tersebut untuk terus setia dalam perjuangan parti keramat orang Melayu itu.


"Saya bersyukur UMNO daripada 48 orang kini ahlinya sudah mencecah lebih tiga juta orang dan percayalah hanya UMNO yang mampu menyatupadukan orang Melayu dan ini terbukti sejak sekian lama.

"Hayatilah perjuangan UMNO, jangan kita berada dalam parti hanya untuk kepentingan diri semata-mata," kata Hussein yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO ketika ditemui Mingguan Malaysia di kediamannya di Lemal, di sini baru-baru ini.

Tambah Hussein, sejak penubuhan UMNO pada 1946, parti itu terus berdiri teguh meskipun kepemimpinannya silih berganti.

Katanya, UMNO juga tidak pernah mengalami perpecahan disebabkan dasar atau perlembagaan parti itu sendiri sebaliknya perpecahan yang berlaku di dalam UMNO semuanya disebabkan kepentingan politik individu tertentu.

"Namun, saya yakin mereka yang meninggalkan parti akan kembali ke pangkuan UMNO kerana sedar hanya UMNO satu-satunya wadah yang menjadi benteng orang Melayu dan Islam.

"Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) juga pernah memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan mati dalam perjuangan dengan UMNO. Apabila Ku Li keluar dan menubuhkan parti Semangat 46, saya yakin beliau akan kembali dan akhirnya Ku Li pulang semula ke pangkuan UMNO. Begitu juga pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Sempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei ini, beliau turut menasihatkan seluruh ahli supaya menerapkan ideologi bahawa UMNO adalah parti berteraskan nasionalisme Melayu.

Dalam masa sama katanya, UMNO juga perlu mempunyai sikap keterbukaan dan tolak ansur dengan kaum lain di negara ini.

"Itulah paksi yang menyakinkan bukan sahaja ahli UMNO tetapi seluruh rakyat negara ini untuk terus bersama parti tersebut," katanya yang menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dari 1982 sehingga 1995.UTUSAN

Kerajaan Dap Pulau Pinang Hipokri.Bantah Kenaikan Tariff TNB Tapi Ghairah Naikkan Surcaj Air PBAPP


Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap bersikap hipokrasi apabila memberi alasan kononnya cadangan menaikkan surcaj pemuliharaan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) adalah langkah terbaik untuk ‘water conservation’ tetapi apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan alasan yang sama untuk menaikkan tariff dituduh pula sebagai satu alasan bodoh.

Jelas beliau, kenaikan TNB hanya memberi kesan kepada 30 peratus pengguna yang menggunakan lebih 300 kWj setiap bulan tetapi kenaikan oleh PBAPP dikenakan ke atas semua pengguna domestik yang membawa maksud rakyat (pengguna komersil dan industri tidak kena surcaj pemuliharaan air ini).

“Kenaikan surcaj ini melibatkan 25 peratus daripada 504,400 pengguna air di Pulau Pinang iaitu 126,100 pengguna.

“Bukankah langkah TNB juga ada satu langkah ‘energy conservation’ seperti mana PBAPP juga? Mengurangkan ‘carbon footprints’ akibat pembakaran ‘fossil fuels’ yang tidak boleh diperbaharui?

“Maka jelas bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang sebenarnya hanya mengambil kesempatan demi kesempatan untuk kepentingan sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi untuk memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010

Kemudian jelasnya lagi apabila kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat (ia menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut), sekali lagi kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj 100 peratus pada 1 September 2013 dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap rumah sebulan.

“Terkini, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan lagi kadar surcaj kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.

“Untuk makluman rakyat, surcaj adalah pendapatan tambahan kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri. Ia boleh menampung kos operasi (OPEX) tahunan PBAPP yang meningkat setelah Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian migrasi aset air dengan Kerajaan Persekutuan, di mana PBAPP perlu ‘membayar balik pinjaman Kerajaan Negeri’ melalui bayaran pajakan aset air kepada PAAB berjumlah RM 14.56 juta setahun.

“Selain pembayaran pajakan aset air, sejak Jun 2011 juga PBAPP perlu membayar kepada Kerajaan Pulau Pinang kos air mentah yang dipam dari Sungai Muda. Sebelum 2011, PBAPP tidak perlu membayar apa-apa untuk air mentah dari Sungai Muda. Purata bayaran setahun yang perlu dilakukan oleh PBAPP adalah RM 15 juta,” terangnya lagi.

Menurut Azizi seterusnya, wang terkumpul oleh PBAPP dari kutipan surcaj tidak boleh menjamin bekalan air mentah di Sungai Muda akan mencukupi untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang di masa hadapan.

Beliau turut menjelaskan, air hujan yang turun di bahagian pulau negeri itu adalah lebih tinggi kadarnya berbanding dengan masa dulu menyebabkan Kerajaan Negeri perlu membina saluran (Bajet 2017: anggaran kos RM 50 juta oleh PBAPP) untuk menyalirkan lebihan air di Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang. Kawasan tadahan air pula semakin mengecil kerana kawasan tadahan semulajadi air hujan kini diteroka dan dibangunkan.

“Semua ini telah menyebabkan kos operasi PBAPP terus meningkat dan ia memerlukan pendapatan baru untuk tampung peningkatan kos operasi.

“Jadi siapa lagi yang perlu bayar jika bukan rakyat Pulau Pinang yang menjadi pengguna air,” ulasnya.

Untuk rekod, PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pegangan saham majoriti 55 peratus. Setiap tahun PBA Holdings Berhad untung puluhan juta.

PBA Holdings Berhad adalah pemegang saham tunggal dalam PBAPP, syarikat operator membekalkan air bersih di Pulau Pinang.

Revenue PBA Holdings Berhad (2011-2015):
2011: RM236 juta
2012: RM244 juta
2013: RM251 juta
2014: RM261 juta
2015: RM300 juta

Keuntungan bersih PBA Holdings (2011-2015):
2011: RM45 juta
2012: RM29 juta
2013: RM27 juta
2014: RM24 juta
2015: RM38 juta

Revenue PBAHB ratusan juta ringgit dan keuntungan puluhan juta ringgit. – MediaUMNO

Bela Guan Eng, Jauhi Adam Rosly : Satu Manifestasi Ketundukan Dan Kebergantungan PKR Kepada Dap


 Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pembelaan Rafizi Ramli terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu rasuah berbanding ahli partinya sendiri, Adam Rosly merupakan satu manifestasi ketundukkan dan kebergantungan PKR, termasuk parti-parti pembangkang seperti PAN dan PPBM kepada Dap di dalam pakatan harapan.

Menurut beliau, berdasarkan daripada tindakan dan perbuatan Rafizi itu mengesahkan bahawanya kebanyakan parti di dalam pakatan harapan, termasuk PKR adalah parti yang tunduk kepada Dap.

“Dan inilah yang kita maksudkan bahawa pakatan harapan itu adalah rangkaian parti-parti politik yang pro Dap. Apabila Dap melakukan kesalahan seperti membuat perkara-perkara termasuk menentang RUU355, menentang perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan sebagainya, maka parti-parti dalam pakatan harapan yang lain tidak berani mengangkat muka.

“Kenapa mereka tidak berani mengangkat muka? Ini kerana talian hayat politik mereka adalah Dap. Bila mereka tahu mereka tidak ada kekuatan, mereka tahu mereka berada dalam keadaan berpecah belah sebagai gagasan politik Melayu sampai ada dua tiga parti.

“Dengan PPBM, Amanah dan PKRnya, maka mereka tiap-tiap satu tidak ada kekuatan. Masing-masing bergantung nyawa kepada Dap,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Disebabkan kebergantungan nyawa politik PKR kepada Dap itulah kata Annuar lagi, menyebabkan kenyataan Rafizi berhubung isu rasuah Lim Guan Eng dan juga Adam Rosly amat berbeza dan kelihatan berat sebelah.

“Jadi bila pemimpin Dap buat salahmereka tidak berani menegur. Tapi bila sama sendiri seperti dengan Adam Rosly, mereka akan gunakan satu formula yang lain untuk menyisihkan sama sendiri dan sebagainya, sebagai usaha untuk menutup dan mahu memastikan PKR tidak terjejas.

“Dan sebenarnya tindakan seperti itu tidak akan menyelamatkan PKR. Ini disebabkan dalam keadaan PKR leka mengkritik dan menuding jari kepada orang lain tetapi di kalangan mereka sendiri tidak dapat menunaikan apa idealisme yang mereka cuba zahirkan.

“Dan mereka jangan lupa bahawa di luar sana bukan hanya ada satu Adam Rosly di dalam PKR, tetapi ada banyak lagi Adam Rosly yang lain,” ujarnya.

Dan bagi UMNO pula jelas Annuar, ini bukan satu perkara yang pelik malah ini ketundukan dan kebergantungan parti-parti di dalam pakatan harapan kepada Dap adalah sesuatu yang telah diduga sejak dari dulu lagi.

“Seperti yang saya katakan tadi, mereka tidak mampu untuk mengangkat muka kepada Dap, malah mereka lebih sanggup untuk menikam sesama sendiri. Dan ini adalah satu bukti kepada rakyat keadaan parti yang seperti ini tidak boleh kita letakkan harapan.

“Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang semata-mata mahu menanamkan kebencian kepada musuh mereka iaitu kerajaan dan UMNO, tetapi mereka sendiri sebenarnya tidak dapat melaksanakan apa yang mereka kata dan janjikan itu,” akhirinya.-MediaUMNO

Cacatan Buat Mufti Pulau Pinang : GST, Fakir Miskin & Kerajaan Malaysia


Mendakwa GST haram kerana ia mengenakan cukai ke atas fakir miskin adalah satu salah faham besar terhadap pelaksanaan sistem ini di Malaysia.

GST dikecualikan ke atas lebih 100 barangan. Ini termasuk makanan asasi seperti beras, ikan, telur, sayur, daging dan ayam.

Jadi secara asasnya, jika anda dalam kategori yang benar-benar fakir miskin seperti zaman Rasulullah, bukannya perasan miskin, anda tidak akan membayar GST pun.

(Saya sebut zaman Rasulullah kerana isu ini dibincangkan dalam konteks pentadbiran zaman Nabi dan para sahabat serta hubungannya haram kutip cukai ke atas fakir miskin).

Dalam masa yang sama, Mufti Pulau Pinang mungkin terlepas pandang bahawa sistem kebajikan kerajaan Malaysia jauh lebih baik dari sistem kebajikan zaman empayar Islam sendiri.

Bukan sahaja fakir miskin mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan BR1M; yang kurang senang, pura-pura miskin dan kaya pun mendapat bantuan kerajaan.

Mereka yang berpendapatan bawah RM 4,000 sebulan mendapat bantuan kerajaan secara langsung, walaupun dalam masa yang sama wajib membayar zakat pendapatan. (Wajib membayar zakat pendapatan maknanya mereka bukan lagi kategori rakyat miskin).

Ini belum diambil kira bantuan kerajaan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan, badan bukan kerajaan dan rumah ibadat.

Malah di Malaysia, orang yang di luar kelompok miskin, hidup senang dan kaya turut menerima bantuan kerajaan seperti Skim Buku Teks Percuma dan subsidi perubatan di Klinik dan Hospital Kerajaan.

Maka sebelum memfatwa GST haram kerana menindas fakir miskin, definisi fakir miskin dalam konteks Islam perlu difahami terlebih dahulu.

Apa yang diuar-uarkan miskin di Malaysia hari ini bukan definisi miskin dalam Islam tetapi lebih kepada definisi miskin dalam kesenangan dan nafsu duniawi.

Jadi saya fikir dari segi kebajikan, kesenangan dan keprihatinan kepada rakyat, kerajaan Malaysia ini antara yang terbaik selepas zaman Rasulullah s.a.w.

Wassalam.


SPR henti edar salinan rang daftar pemilih


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia adalah bagi pemakluman awal kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
“Dalam tempoh pameran ini, RDPT adalah terbuka untuk semakan oleh orang awam termasuklah parti-parti politik bagi mengemukakan tuntutan atau bantahan ke atas senarai nama yang dipamerkan dalam RDPT tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan sebelum ini adalah menjadi amalan SPR mengedarkan RDPT kepada parti-parti politik bagi tujuan pemakluman bahawa urusan semakan sedang dijalankan.
“Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017,” katanya.

Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Katanya, buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada RDPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.

Menurutnya, pemberhentian amalan itu tidak pada bila-bila masa mengehadkan akses pihak-pihak berkepentingan kepada RDPT yang dipamerkan dan dalam masa yang sama, tiada keperluan perundangan untuk SPR berbuat demikian.

“SPR akan menghantar surat pemakluman secara rasmi kepada semua parti-parti politik mengenai perkara itu dalam masa terdekat berhubung pemberhentian amalan membekalkan RDPT (buku dan cakera padat) oleh SPR berkuat kuasa mulai pameran RDPT Suku Pertama 2017,” katanya.
Oleh yang demikian, katanya, mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat semakan semasa tempoh pameran RDPT bagi tujuan membuat tuntutan atau bantahan, hendaklah membuat semakan tersebut di tempat-tempat pameran RDPT sebagaimana yang diwartakan.

IKEA Penang will open by Q1 2019

Segerakan siasatan – PM


KUALA LUMPUR 26 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan siasatan kes berhubung pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie yang dipercayai dipukul oleh pembantu warden sehingga menyebabkan kematian, dipercepatkan.

Sambil melahirkan rasa sedih berikutan kematian pelajar terbabit yang sebelum ini kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Perdana Menteri berkata, punca kematian akan dapat diketahui menerusi siasatan berkenaan sekali gus tindakan undang-undang boleh diambil jika ada kesalahan.

“Innalillah. Sedih menerima berita pemergian adik Mohd. Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Takziah buat keluarga arwah dan Insya-Allah, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah.


“Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan,” katanya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Mohd. Thaqif disahkan mening­gal dunia oleh bapanya, Mohd. Ghaddafi Mat Karim pada pukul 2.05 petang, tadi.

Akhbar sebelum ini melapor­kan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijang­kiti kuman dan darah beku. Doktor di hospital itu sepatutnya melakukan pembedahan tangan kanannya pula pada pagi ini, tetapi terpaksa ditangguh ekoran keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.

“Menerima berita sedih pemergian adik Mohamad Thaqif Amin ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga, semoga ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah,” katanya.










Saturday, 29 April 2017

Melayu P. Pinang dilayan buruk

Ayat Penumbuk Ketika Menghadapi Musuh

Banyak Ilmu Kebatinan Melayu yang mempunyai amalan amalan penumbuk atau jurus jurus yang boleh digunakan semasa kecemasan apabila menghadapi musuh yang ramai atau musuh yang lebih handal di dalam langkah persilatan. 

Ayat Penumbuk
Gambar hiasan.

Bagaimana pun Silat Melayu mempunyai amalan kebatinan tersendiri samada daripada ayat ayat Quran, Doa-doa atau serapah mantera didalam bahasa melayu, jawa atau sebagainya

Ayat ayat jurus tanpa cara dan amalan menggunakannya berikut ini adalah sekadar pengetahuan terutama bagi orang melayu sendiri betapa bangsa melayu adalh kaya dengan seni persilatan berserta ilmu kebatinannya.

Penumbuk maut
  • Qulu binafsin zala-ikatal maut

Penumbuk ke liang kubur
  • Wa-i-za batash tum batash tum jabbarin

Pembuka pagar batin
  • Wah dah niah (sesetengah orang mempunyai pendinding batin yang sukar ditembus musuh untuk menghampiri, maka ayat tersebut bertujuan memecah pendinding ini).

Menangkap pukulan
  • Innallah Allahuakbar

Pedang
  • Lakum dinukum wali-yadin (Tangan akan menjadi tajam seperti pedang/parang).

Tekan bumi
  • Taskaralakum dinallah (Apabila musuh menyerang, ayat dibaca sambil tumit dihentak, maka musuh akan terlekat dibumi selagi kaki tidak diangkat, selagi itulah musuh terlekat kaku).

Pembakar musuh
  • Illa manis taroqassaam’a fa-atba’ahu shiha bum mubin

Gayung
  • Syumma dammar-nal akarin

Kunci
  • Qul kunu hijarotan a’u hadidan

Penumbuk hancur
  • Fa dammar naha tad-miran

Baju besi
  • Wasarabila taqikum-basakum

Pengerun
  • Lauwahatun lil-basyir

Pengerun
  • ‘Alai-ha tis ‘ata’a-syar

Penderas
  • Fassa-bi qoti-sab-dan

Senja ghaib
  • Walahum-maqo-mi ‘umin hadidin

Ayat Hikmah
  • Rabbi-habli hukman wa-al hiq-ni bish sholihin

Perapuh
  • Fakanat haba ‘an-mun ba tsa

Tekan bumi
  • Iza rujjatil ard-dhu rajjan

Pukulan angin
  • Fi samu-mun wahami-min

Pukulan jantung
  • Tsum-ma laqo-thaq’ na minhul-watin

Penangkap
  • La a-khazna-minhubil yamin

Panah api
  • Wa syu-hu-ban

Pemanas
  • Innaha-la zha naz-za ‘atan lil sya-wa

Ayat dengar
  • Wa-anna ku-na naq ‘u-du minha maqo-‘edi-lis sam ‘e

Penjaga gelanggang
  • Faman yasta-mi -‘il ana yajid –lahu syiha ban rasha-dan

Tembus mata
  • Al naj huth- tsa – qibu

Peringatan: Amalan ayat-ayat di atas perlulah berguru dan menurut tertib amalannya. Jangan amal sembarangan.



sumber: doaayatdanzikir 

Vietnam Hormati Sistem Perundangan Malaysia

Warga Vietnam yang berdepan tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, akan diberi hak dan pertimbangan adil berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri memberi jaminan itu kepada rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, dalam pertemuan bilateral kedua-dua pemimpin di Crown Towers di sini, petang ini.

"Beliau (Xuan Phuc) meminta penjelasan berhubung rakyatnya yang kini menghadapi kes mahkamah berhubung pembunuhan Jong-nam dan kita nyatakan keadaannya.

"Secara dasarnya, beliau faham Malaysia mempunyai sistem perundangan tersendiri dan Vietnam menghormati serta yakin dengan proses itu.

"Bagaimanapun, Vietnam berpendirian rakyatnya itu menjadi mangsa manipulasi dan dipergunakan, maka kita nyatakan biar mahkamah melaksanakan prosesnya," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, petang ini.

Najib berada di Manila sejak semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 esok dan beberapa persidangan berkaitan.

Pada 1 Mac lalu, Doan Thi Huong, 28, bersama warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas atas tuduhan membunuh Jong-nam yang menggunakan identiti Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Berita Harian Online

7 Pasar Karat @ Flea Market Popular Di Malaysia

7 Pasar Karat @ Flea Market Popular Di Malaysia | "Pasar Karat" dinamakan sedemikian kerana diawal pembukaannya kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan antik dan terpakai (vintage/bundle) yang rare.

Pasar karat juga dikenali dengan nama pasar lambak, rusty market dan car boot sale. Di luar negara, Thailand contohnya, ada sebuah pasar malam yang dipanggil Thieves Market. Di Seremban dipanggil Pasar Warisan. Kurang menarik sebab kocik bona. Konsep asalnya sama iaitu menjual barangan terpakai - asal barang jadi duit - tetapi dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung menyebabkan lebih ramai peniaga berjualan pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian, makanan, gajet dan barangan ciplak. Kebanyakan hotel dan agensi pelancongan juga menyenaraikannya sebagai tempat menarik unuk dilawati.

Pasar karat ada peminat tersendiri. Salah seorang daripadanya, ai. Tidak semestinya membeli tetapi seronok melihat gelagat penjual dan pembeli di sana. Banyak juga barangan antik yang berkenan di hati tetapi I have to be practical, rumah kecilku dah tiada ruang untuk semua itu. Tambahan pula yang tinggal sekarang ni semua hero. Tak kuasa nak menambah stress marah marah mereka. Nak menegah dari main bola dalam rumah pun dah muak 😠

Mungkin pasar karat ada di setiap negeri tetapi aku cuma nak hebahkan lima sahaja kali ini.

1) Kuala Lumpur | Pasar Karat di Chinatown
Di mana? Belakang Petaling Street
Waktu beroperasi? Seawal 4.30 pagi hingga 9 pagi.

Hampir setiap kali aku sampai awal pagi di Kuala Lumpur aku akan 'check-in' di pasar karat Chinatown. Meriah beb kat sini.

Aku pernah membeli beg tangan kulit terpakai dengan harga RM25 sahaja tetapi disebabkan tak minat tali pendek aku pi hantaq kat tukang kulit suruh dia buat tali panjang. Dia caj RM50. Masa tu terfikir kalau ada trip ke Bandung/Bali aku buat di sana je...sure tak sampai 50rm. Ni dah mahal tali dari beruk. Pada ketika yang lain aku beli alat pengecaj handphone dalam kereta (ala yang cucuk kat tempat cucuh rokok tu...apa ke namanya?) . Harganya tiga ringgit tapi not functioning. Rugi je RM3 tu. Heh, tiga hengget pun duit tau.

Pernah juga membeli sehelai jaket yang cantik dan baik kualitinya padahal bukan  belum muat lagi. Beli je dulu, nanti dah kurus semula boleh pakai gitewww... harammm sampai sekarang dah dua tahun pun kat lengan sendat lagi hahahh... shopping semasa perut kosong memang camtu.

Tips Lawatan:
Pi ushar yang di tepi jalan dahulu sebab ada yang akan menutup perniagaan mereka seawal 7.30 pagi. Mungkin sebab nak masuk kerja atau mungkin juga bimbang dihambat penguatkuasa.


2) Perak | Pasar Karat Memory Lane @ Pasar Loken di Ipoh
Waktu beroperasi? 6.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Hari beroperasi? Ahad sahaja

Akhirnya dapat juga ke sini semasa adik aku bertunang bulan lepas. Aku rasa pasar karat inilah yang paling best, panjang melingkar! Pasar karat Memory Lane memang 'syurga' bagi peminatnya. Ya Allah ramainya pengunjung!




Pasar karat ini beroperasi di sepanjang Jalan Horley di tengah bandaraya Ipoh, 'harta karun' di sini ada banyak varieties, dari yang berharga dua singgit hingga ratusan ringgit. Loken adalah nama panggilan penduduk tempatan dulu lagi sempena nama Bazar Lam Look King di Jalan Laksamana yang berdekatan dengan tapak asal pasar karat tersebut. Lam Look Ing adalah taukeh Lombong biji timah di Kampar dan Kinta. Kemudian dipindahkan ke tepi Sungai Kinta dan akhirnya kekal di Jalan Horley.

Memang sangat banyak barang yang menarik di sini. Ada benda yang kami perlukan tetapi sangat jarang dipakai jadi membeli yang terpakai adalah pilihan terbaik. Contohnya alat latihan renang yang dikepit celah kangkang tu. Biasanya budak-budak gunakan sewaktu berlatih unuk tournament. Lagi satu goggles. Aku dah banyak kali beli yang baru, yang berjenama TYR, Speedo pun ada.. sudahnya terpaksa pakai yang beli di kedai RM2 sebab semua hilang. Anak-anak aku ni tak sayang harta benda betul. Jadi bila jumpa di sini ofkos aku beli. Kalau ada tiga aku beli tiga. Gitu.

Ada juga yang menjual designer handbag dengan harga ratusan ringgit dicelah barangan jualan yang lain. Aku tak beli sebab Tipah bimbang tertipu bang. Bukan tak pernah tertipu kan? Ada seorang penjual ni yang hanya menjual handbag berjenama dan nampaknya dia mahir dengan jenama-jenama itu semua. Ah, terbeli. Isk. Boleh tahan juga harganya... rasa nak pergi Aranyaprathet beli beg tangan banyak-banyak (walaupun tak pakai huhu..).


3) Johor | Pasar Karat di Johor Bahru
Di mana? Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Hari beroperasi? Setiap malam
Waktu beroperasi? Isnin – Jumaat: 6pm-12am / Sabtu – Ahad: 7.30am – 12pm
(tapi ini waktu sebelum cuti hujung minggu ditukar ke hari Jumaat. Sekarang masih sama ke?)

Jika di tempat lain pasar karat beroperasi di waktu pagi, yang di Johor Bahru ni petang pula. Di hujung minggu pasar karat ini sangat ramai pengunjung kerana selain menerima kunjungan warga tempatan dan Singapura, pelancong antarabangsa lain turut sama melihat-lihat kerana banyak hebahan melalui travel blog. Pihak hotel pun recommend ke sini selain program makan makan waktu malam.

Memula aku ingatkan selorong aje tetapi rupa-rupanya berlorong-lorong. Kira puas hatilah berjalan kat sini. Fridge magnet pun ada dijual. Apabila berjalan di pasar karat ini ambil seketika untuk berhenti dan menghargai seni bina bangunan yang mengelilingi anda, pengalaman ini bakal menjadi kenangan.

Boleh park kereta di Jalan Dato Onn dan Jalan Syed Mohd Mufti. 


4) Johor | Pasar Rengit, Johor
(Pasar Pagi Jalan Ibrahim yang turut dikenali sebagai Pasar Karat Batu Pahat)
Hari beroperasi? Hujung minggu


Pasar ini berlainan sikit kerana kebanyakan barangan yang dijual adalah dari Singapura. Fahamlah kan rumah di Temasik nun tak sebesar rumah di Malaysia jadi jika mereka hendak menukar perabot atau kelengkapan elektrik di rumah barang yang lama mesti dilupuskan. Jadi para peniaga (orang asli pun ramai) pun ambillah di sana.

Aku tak pasti keadaan sekarang tetapi semasa aku ke sana pada tahun 2008 dahulu kedai-kedai di sini agak buruk tetapi barang-barang yang dijual berkualiti. Rasanya dua kali ke sana. Ingat lagi masa van tu sampai, aku nampak ada beg Converse so aku pun bertanyalah kat pakcik tu, 

"Berapa ni pakcik?" 
"Lapan Ringgit"
"Saya nak!" hahah... belum sempat lagi pakcik tu buka van. Bahagia dia berniaga macam tu hehehee..

Lekapan dan lengkapan untuk rumah aku di Seksyen 7 yang dah dijual tu aku beli di sinilah. Puas hati beb. Tapi yang tak boleh blah nya husband aku suruh kami gunakan fridge second hand tu, yang kami punya di rumah hantar ke rumah sewa sebab takut rosak katanya...amboi amboi amboiiii.... Semedang tuan rumah kena berkorban.


5) Pulau Pinang | Pasar Karat di Stadium
Di mana? Lorong Kulit, Georgetown (sebelah Stadium Bandaraya Penang)
Waktu beroperasi? 7 pagi hingga 2 petang
GPS koordinat : 5.412222, 100.313475

Nama asalnya ialah Rope Walk yang di ambil daripada satu lorong yang bernama “Jalan Pintal Tali” yang terletak di sebuah lorong yang terletak berhampiran dengan Komtar. Walaupun telah berpindah ke Lorong Kulit sejak sekian lama, nama Rope Walk masih digunakan malah sebuah lagi pasar karat di wujudkan di Seberang Perai juga di kenali dengan nama Rope Walk Bagan.

Rope Walk dikatakan pasar karat yang pertama dibuka di Malaysia. Dengarnya Pasar Karat Lorong Kulit juga dibuka pada hari biasa tetapi lebih ramai peniaga dan pengunjung di hujung minggu. Rope Walk yang dibuka sebelah petang terletak dekat Padang Brown.


6) Selangor | Pasar Karat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor
Di mana? Dalam Amcorp Mall
Waktu beroperasi? Sabtu & Ahad

Dibuka sejak 1997. Peminat barangan antik boleh mendapatkan pelbagai koleksi kesayangan mereka di sini. Haa... jangan kau ingat orang have have di Kolumpo tu tak minat barangan lama dan terpakai.

7) Melaka | Pasar karat Jalan Hang Lekir, Melaka


Di mana? Jonker Street 
Hari beroperasi? Ahad
Waktu beroperasi? 9 pagi hingga 3 petang


Ada banyak lagi pasar karat di serata Malaysia seperti Kampung Berjaya di Alor Star, Nat Kampung Pauh di Perlis dan Pasar Tani Mega di Shah Alam tetapi kebanyakannya bercampur dengan pasar pagi yang bermakna ada peniaga yang berjualan pakaian baru, makanan dan sayuran.

Selain membeli-belah, pasar karat mampu jadi tempat gedung tambah ilmu barangan masa silam yang menggunakan kuasa tangan atau teknolgi yang tidak secanggih hari ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.