BREAKING NEWS

Tuesday, 11 April 2017

13 motosikal musnah


Georgetown: Tiga belas motosikal milik penghuni Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kejadian berlaku jam 1 pagi itu menyebabkan sebelas daripada motosikal terbabit hangus keseluruhannya manakala dua lagi terbakar 40 peratus.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran.
"Kebakaran berlaku ketika kebanyakan penghuni sedang tidur dan kita tidak pasti sama ada kejadian ini mempunyai unsur khianat atau sebaliknya kerana siasatan masih dijalankan.
"Jumlah kerugian juga masih belum dapat dipastikan," katanya.-harianmetro
 
Copyright © 2014 PenangKini.