BREAKING NEWS

Tuesday, 25 April 2017

2 penyamun dicekup, 5 lolos


Nibong Tebal: Lima lelaki melarikan diri manakala dua lagi dicekup polis selepas mereka menyamun pusat snuker di Taman Bukit Panchor, 3.35 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, kesemua tujuh lelaki yang lengkap berparang menyerbu masuk premis berkenaan sebelum mengarahkan penjaga kedai menyerahkan wang di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, enam daripada mereka masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi suspek tunggu di luar.
Beliau berkata, sejurus merampas wang RM6,500 serta telefon pintar kesemua mereka melarikan diri.

Katanya, dua anggota polis yang sedang membuat rondaan terserempak dengan kumpulan penjenayah berkenaan yang sedang keluar dari premis sebelum menahan dua daripada mereka.

"Lima lagi suspek melarikan diri menaiki dua kereta jenis Toyota Vios dan Perodua Myvi," katanya.

Shafee berkata, lima suspek berkenaan sedang diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.