BREAKING NEWS

Thursday, 20 April 2017

Ahli Akademik Dedah Agenda Lim Guan Eng Fitnah Malaysia Di Singapura

Seorang ahli akademik negara ini mendedahkan perbuatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memfitnah Malaysia sewaktu berkunjung ke Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 10 Disember 2014.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau mempunyai transkripsi lengkap ke atas rakaman dialog tertutup Lim Guan Eng di Singapura tersebut.
“Beliau bersungguh-sungguh mempertikaikan keupayaan pemimpin kerajaan Malaysia menguruskan ekonomi serta memuji melangit keupayaan pemimpin PAP Singapura menguruskan ekonomi Singapura.
“Lim Guan Eng ketika menjawab soalan seorang peserta turut mendakwa kerajaan Malaysia tidak pernah memberi walau satu sen kepada Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata, Lim Guan Eng turut memberitahu Singapura bahawa kerajaan Malaysia membayar setiap pengundi RM5,000 bagi mengalahkan beliau di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.
Lim Guan Eng Dikelilingi Tokoh-Tokoh Perniagaan Suspek Rasuah
Beliau turut mendedahkan Lim Guan Eng berkunjung ke Singapura waktu itu bagi mendapatkan persetujuan syarikat milik PAP yang sahamnya dimiliki Menteri Kewangan Singapura untuk membina Hi-Tech Park di Batu Kawan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mendedahkan DAP sebenarnya adalah parti PAP Singapura kerana DAP pada asalnya adalah PAP sebelum Singapura keluar daripada Malaysia.
DAP bagaimanapun menegaskan PAS memfitnah parti itu kerana mendakwa DAP tiada kaitan dengan parti Singapura PAP.
Sumber: AIDC
 
Copyright © 2014 PenangKini.