BREAKING NEWS

Saturday, 22 April 2017

Apabila Kerajaan DAP Didesak Dedah Perjanjian, Banyak Pula Alasan

Lim Guan Eng, bagaimana dengan perjanjian-perjanjian lain? Salahkan BN juga?
Lim Guan Eng berkata Gerakan Pulau Pinang perlu menyalahkan Kerajaan BN sebelum ini kerana memasukkan klausa kerahsiaan dan bahawa pemaju mempunyai hak untuk tidak mendedahkan perjanjian.
Beliau telah memberi jawapan ini selepas 3 permohonan terbaru dari Gerakan di bawah Akta Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 untuk mendedahkan perjanjian bagi beberapa projek penambakan telah ditolak oleh Kerajaan Pulau Pinang yang menyatakan bahawa terdapat perjanjian kerahsiaan di dalamnya.
Secara keseluruhan, Gerakan telah membuat 10 permohonan FOI kepada Kerajaan Pulau Pinang dan kesemua 10 permohonan itu telah ditolak dengan memberi pelbagai alasan dan menjadikan FOI mereka satu bahan jenaka.
10 permohonan FOI ini termasuk meminta Kerajaan Pulau Pinang mendedahkan perjanjian bagi skandal Taman Manggis dan skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.
Oleh itu, berdasarkan jawapan Lim Guan Eng ini, saya mahu dia untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1) Tunjukkan kepada kami surat di mana pemaju telah menolak permohonan bagi mendedahkan perjanjian penambakan. Sila ingat bahawa pemaju-pemaju ini adalah syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan.
2) Apa pula sebabnya untuk tidak mendedahkan perjanjian tanah Taman Manggis dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang?Perjanjian-perjanjian ini bukan ditandatangani oleh Kerajaan BN sebelumnya tetapi oleh Kerajaan DAP sekarang. Adakah perjanjian-perjanjian ini juga mempunyai klausa-klausa kerahsiaan di dalamnya?
3) Pakatan kerap secara umum mendesak Kerajaan Persekutuan mendedahkan perjanjian itu dan ini atau maklumat komersial yang sensitif. Adakah kini Pakatan Harapan menerima bahawa Kerajaan Persekutuan boleh menjawab bahawa terdapat klausa kerahsiaan dan dengan itu perjanjian-perjanjian atau dokumen komersial adalah sensitif maka dengan itu tidak boleh didedahkan?
Oleh Lim Sian See / Wake Up Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.