BREAKING NEWS

Friday, 14 April 2017

Azizulhasni Rangkul Gelaran Juara Dunia


Pemenang pingat Gangsa Sukan Olimpik 2016,  berjaya mencapai matlamatnya selepas berjaya merangkul jersi pelangi iaitu jersi kejuaraan dunia. Kejayaan tersebut dilakar melalui kejayaan menjuarai acara keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong pada Jumaat.

Beliau yang digelar ‘The Pocket Rocket Man’ muncul pelumba Malaysia pertama selaku juara dunia dalam acara berbasikal selepas menumbangkan pelumba dari Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia. Selain itu beliau juga satu-satunya pelumba dari Asia yang berjaya ke akhir dalam acara keirin ini.

Pelumba ranking no 1 dunia, Tomas Babek dari Republik Czech pula menamatkan saingan di tempat ketiga. Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar warna hijau. Kuning,hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadikah kepada juara dunia sekaligus membolehkan Azizul bangga memakainya sepanjang tahun ini.

Sudah pasti ia menjadi kebanggaan Azizulhasni yang telah mencuba selama 10 tahun untuk menjadi juara dunia dimana paling hampir pada edisi tahun 2010 dimana ia hanya tertinggal sedikit dengan jaguh Chris Hoy ketika itu.

Selain dari kejuaraan yang dimenangi tahun ini, Azizul telah memungut 4 pingat semenjak debut pada tahun 2008. Beliau pernah memenangi perak pada edisi 2009 di Pruszkow, Poland dalam acara pecut serta berjaya memungut perak di Copenhagen,Denmark pada edisi 2010 dalam acara keirin.

Beliau seterusnya berjaya memungut gangsa dalam acara keirin di Paris, Perancis pada tahun 2015 dan juga pada kejohanan tahun lepas di London.

Tahniah kepada Azizulhasni yang berjaya membanggakan rakyat Malaysia. Ia juga membuktikan bahawa semangat tidak putus asa yang menjadi pegangan beliau akhirnya membuahkan hasil yang baik. Semoga akan menjadi ikutkan pelumba basikal lain.

 
Copyright © 2014 PenangKini.