BREAKING NEWS

Monday, 3 April 2017

Bukit Botak Habis Botak Ditarah


1. Apa sudah jadi dengan Bukit Botak di Pulau Pinang.Video diatas memaparkan keadaan sebenar bentuk muka bumi diatas Bukit Botak, Pulau Pinang yang semakin lama semakin terhakis akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini.

2. Di manakah Slogan Cleaner Greener Penang yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?? Apa yang terlihat lihat bukannya semakin Greener tetapi semakin teruk bukit diterokai untuk dijadikan kediaman mewah.


3. Jadi tak hairanlah banjir kilat akan melanda Pulau Pinang setiap kali apabila hujan lebat kerana kawasan tadahan hujan habis digondolkan oleh kerajaan DAP. Pada hari Sabtu yang lepas Pulau Pinang hampir lumpuh akibat banjir kilat..Jalan raya dan rumah-rumah ditengelami oleh air lumpur yang turun dari bukit.

4. Apa yang menariknya, Ketua Menteri DAP masih anggap rakyat Pulau Pinang bodoh dan boleh ditipu dengan alasan-alasan yang tak masuk akal apabila setiap kali berlakunya banjir kilat.
Cuba bayangkan apa akan jadi jika keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang pencegahan oleh pihak berkuasa.

5. Segala peralatan yang ada dirumah akan rosak..kenderaan akan ditengelami air dan jalan raya akan berlubang setiap kali banjir kilat berlaku..berapa banyak wang akan dibazirkan apabila berlakunya banjir kilat..baik duik poket sendiri mahupun duit yang dicukai dari rakyat.

6. Ketua Menteri DAP pernah berjanji pada rakyat Pulau Pinang akan menyelesaikan masalah banjir..Malangnya 8 tahun sudah berlalu, bukan semakin baik tetapi semakin teruk banjir kilat melanda Pulau Pinang..Alasannya air pasang dan hujan lebat yang berlebihan mengakibatkan banjir kilat tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah bukit digondolkan dan laut ditambak secara rakus demi keuntungan..

7. Lama mana rakyat Pulau Pinang sanggup ditipu oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang????

ASSU
 
Copyright © 2014 PenangKini.