BREAKING NEWS

Monday, 3 April 2017

Campur tangan fatwa, Pas P.Pinang akan saman Kerajaan DAP P.Pinang




BUKIT MERTAJAM – Pas negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dakwaan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan di negeri ini.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya ketika ini sedang dalam proses perbincangan dengan peguam sebelum tindakan undang-undang itu diambil dalam masa terdekat.

“Tindakan saman ini sebagai bukti yang mana Pas negeri ini bersungguh-sungguh dalam perjuangan membela kepentingan Islam.

“Keputusan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan jelas membelakangkan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua agama Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas negeri kali ke-37 di sini pagi ini.

Sebelum ini, Afnan Hamimi mendakwa, wujud campur tangan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri sehingga menyebabkan empat fatwa yang sudah diluluskan tidak diwartakan atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.

Dakwa beliau, empat fatwa itu adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik; hukum menghisap shisha; pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf. – UTUSAN ONLINE




 
Copyright © 2014 PenangKini.