BREAKING NEWS

Thursday, 20 April 2017

DAP Kata PKR Punca PAS Tinggalkan Pakatan, Lim Guan Eng Kutuk Anwar Di Singapura


Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng pernah mengkritik Ketua De Facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Nanyang Technological University, Singapura.
Ahli Akademik,  Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Lim Guan Eng semasa dialog tersebut menyalahkan Anwar dan Langkah Kajang sebagai punca kepada Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin berjauhan dengan parti pembangkang DAP dan PKR.
Wakil Keluarga Anwar Mohon Maaf Pada Saiful Untuk Pengampunan Diraja
“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor (Kajang) tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan. Selepas itu beliau (Hadi) keluar (pakatan rakyat), beliau memanggil saya dan meminta maaf,” kata Lim Guan Eng dalam sesi dialog pada 10 Disember 2014.
Langkah Kajang menurut Lim Guan Eng merujuk kepada usaha PKR untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan di atas arahan PKR.
Walaubagaimanapun, langkah awal tersebut gagal apabila Anwar didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun. PKR seterusnya mencalonkan isteri Anwar merangkap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti.
Kata Lim Guan Eng lagi, tindakan melulu PKR itu bukanlah kali pertama, bahkan Anwar pernah bertindak tanpa mendapat persetujuan dari rakan Pakatan Rakyat beberapa kali sebelum itu.
“Ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu sudut saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan,” kata Lim Guan Eng lagi.
Pemimpin DAP itu kemudiannya mendakwa Anwar sendiri pernah mengakui pengurusan Langkah Kajang itu tidak diuruskan dengan baik dan taktik yang digunakan oleh PKR untuk menjadi Anwar sebagai Menteri Besar dilakukan dengan cara paling sombong dan kotor sekali.
“Ia telah dibuat dengan cara yang sangat sombong dan sangat kotor tanpa perundingan sama ada dengan PAS atau DAP. Ini adalah kekurangan beliau (Anwar) dan dia juga meminta maaf bukan sahaja secara peribadi tetapi juga secara terbuka. Tetapi kesilapan telah dibuat,” ujar Lim Guan Eng.
lim kit siang lim guan eng Dinasti Lim Pentingkan Kuasa Berbanding Prinsip - Bekas Wakil Rakyat DAP
Mengulas isu berkenaan, Dr Kamarul menyifatkan Lim Guan Eng sebagai hipokrit apabila bercakap buruk di belakang Anwar tetapi menyanjung bekas Ketua Pembangkang itu apabila bersemuka.
“Begitu juga cara Lim Guan Eng dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di depan, Lim Guan Eng mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi di belakang, beliau mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekurang-kurangnya di dalam isu Langkah Kajang,” ujarnya dipetik kenyataan disiarkan oleh Agenda Daily.
Jelas Dr Kamarul, apa yang dikatakan Lim Guan Eng ada kebenarannya bahawa Langkah Kajang yang digubal PKR untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar diuruskan dengan begitu teruk.
Tambah beliau, berbanding PKR dan Anwar yang mengganggap DAP sebagai rakan politik, DAP melihat parti komponen Pakatan Harapan sebagai alat demi mencapai matlamat politik DAP semata-mata.
Kenapa Pilih Wan Azizah, Bukan Azmin Sebagai PM
Kataya lagi, pemimpin DAP Selangor Ronnie Liu pernah membuat rundingan bersama pihak Kedutaan Amerika Syarikat dalam usaha untuk membebaskan Anwar namun Lim Guan Eng kemudiannya mengeluarkan kenyataan menyifatkan Anwar sebagai ancaman.
“(Hal ini)  sekali gus menimbulkan tanda tanya besar mengenai komitmen para pemimpin DAP dalam menyokong usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya lagi.
Sumber: Malaysian Digest / Wakeup Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.