BREAKING NEWS

Monday, 17 April 2017

DAP Perlu Minta Maaf Kepada Seluruh Umat Islam Di Pulau Pinang


17/04/2018 – Jika dilihat tindak-tanduk parti rasis dan cauvinis DAP kini, parti yang didominasi bangsa Cina ini saban hari semakin biadap campur tangan dalam urusan agama Islam.
Oleh sebab itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof mendesak kerajaan negeri pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP memohon maaf kepada umat Islam kerana campur tangan dalam urusan agama Islam.
Beliau juga turut menggesa parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tidak lagi campur tangan dalam fatwa di negeri itu, kerana urusan itu adalah semata-mata untuk umat Islam.
Muhammad Fauzi berkata demikian ketika berucap dalam konvensyen PAS negeri di Kubang Semang, semalam.
Beliau berkata kerajaan negeri mempunyai 12 anggota Exco, termasuk Ketua Menteri yang bukan Islam, dan hanya tiga daripadanya adalah beragama Islam.
“PAS mahu mereka berhenti daripada mencampuri urusan umat Islam dan menarik balik peraturan setiap fatwa mesti melalui mesyuarat majlis kerajaan negeri,” tegasnya.
Tambah beliau, tiga fatwa yang dikeluarkan oleh negeri lain belum diluluskan di Pualau Pinang dan perkara itu tertangguh kerana kerajaan negeri menganggapnya tidak sesuai.
Menurut Muhammad Fauzi, tiga fatwa itu ialah mengharamkan umat Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, pengharaman sisha, serta urusan tanah wakaf.
“Fatwa itu tidak membabitkan penganut agama lain, kerana ia hanya terpakai kepada umat Islam,” katanya lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.