BREAKING NEWS

Tuesday, 25 April 2017

Drzakirnaikophobia - Kenapa perlu takut dengan Dr. Zakir Naik


Dr Zakir Naik adalah seorang figura istimewa dlm dunia Islam global, dan salah seorang dari 500 The Most Influential Muslim sejak 2009.
Kesarjanaannya dlm dakwah dan perbandingan agama sukar ditandingi, dan bakat seperti ini mungkin hanya dimiliki oleh seorang dalam 1.5 bilion umat Islam. Justeru, tidak hairan jika beliau dicemburui oleh ramai, menjadi sasaran fitnah dan sabotaj musuh.

Di Malaysia, sebahagian kaum India atau lebih tepat sebahagian golongan beragama Hindu sangat alergik dan phobia dengan DZN. Sangat pelik kenapa hanya penganut Hindu yg berasa terancam dgn dakwah beliau, sedangkan yg lain tidak. DZN telah banyak kali berdialog dgn paderi2 Kristian dan ramai pengikut Kristian yg menerima Islam hasil dakwah beliau. Tetapi tiada kalangan NGO Kristian yg meroyan terhadapnya.

Polemik DZN di Malaysia bermula sejak beliau mula datang ke Malaysia bbrp tahun lalu oleh sebahagian penganut Hindu. Penentangan terhadap beliau oleh kalangan beragama Hindu sangat solid dan datang dari pelbagai pihak, termasuk dari seorang menteri kerajaan. DZN dikecam sebagai "Satan" secara terbuka oleh Timb. Ketua Menteri II Pulau Pinang pada 2016. Walaupun telah meminta maaf, dia terus mengecam DZN hingga tahun ini. Menteri yg diberi jawatan penting kerajaan turut mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan status PR kpd DZN. Ini memang rare. Protes oleh NGO Hindu lain terutama Hindraf berterusan dan bertali arus.

Sangat pelik bila NGO2 yg tidak berpuashati dgn dakwah DZN cuma terpekik di media tanpa melakukan sebarang usaha bertemu secara personal dan berbincang secara gentleman dgn beliau. Bawalah berbincang. Jemputlah atau jumpalah DZN berwacana dan berdialog bersama ketua dan pakar agama mereka. Jika mufti dan pemimpin PAS boleh mereka ajak minum teh utk berbincang tentang isu DZN, kenapa tidak DZN sendiri? Kenapa terlalu alergik dengan DZN seolah beliau pemusnah agama Hindu? DZN kemukakan hujah dan fakta, jadi balaslah dengan hujah, bukan cercaan dan tuduhan palsu. DZN sendiri tidak pernah mencerca agama dan penganut Hindu atau mana-mana agama lain. Adapun tuduhan keganasan, ia hanya helah menghentikan dakwah prolifik DZN. Ibarat tuduhan Iraq memiliki WMD oleh USA. Setelah menyerang dan kerosakan telah berlaku, jutaan nyawa melayang, baru akui tersilap.

Kaum India hanya 7% dari penduduk Malaysia (statistik 2016), iaitu dalam 2j orang lebih.
Yg beragama Hindu hanya 1.7j. Yg lain Kristian dan Muslim. Hak beragama mereka diiktiraf oleh Perlembagaan. Kuil Hindu di Malaysia amat banyak dan boleh dilihat di mana2 sahaja hatta di Mid Valley Megamall tersergam. Di tepi2 jalan dan lebuhraya, di dalam hutan, di sebelah rel keretapi, atas bukit, bawah bukit, di kawasan perumahan, kilang dan sebelah pusat membeli belah. Di estet tak usah ceritalah. Besar dan kecil, semua saiz ada. Di sebelah UM sendiri ada dua kuil.  Walaupun tidak ramai pengunjung, kuil tersebut tetap tersergam. Jika dibanding dengan jumlah penganut Hindu, nisbah bilangan kuil mereka di Malaysia sangat tinggi. Di Batu Cave ada patung dewa Murugan yang tertinggi di dunia! Jadi, di mana terancamnya agama Hindu dengan datangnya DZN?

Selama ini toleransi yg tinggi telah dibuktikan oleh masyarakat Islam. Polemik kebencian yg dimainkan oleh mereka terhadap DZN telah mengguris hati masyarakat Islam di Malaysia. Mereka mahu hidup harmoni di Malaysia tetapi mereka mengutuk dan mencerca DZN yg disayangi umat Islam dan diberi pengiktirafan oleh kerajaan sendiri. Jadi, di mana toleransi mereka jika mereka bercakap ttg toleransi. Toleransi sebelah pihak?

Sepatutnya golongan pembenci DZN ini menumpukan usaha memartabatkan bangsa mereka.  NGO2 ini sering mengeluh kerana seolah kaum India dianaktirikan oleh kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Kerajaan telah sedaya mungkin mengatur pelan untuk memajukan semua kaum termasuk mereka walaupun mereka kaum minoriti. Mereka ada wakil dalam kerajaan yg boleh bercakap bagi pihak mereka. Dalam pembangkang pun ramai. Dua hari lepas pun PM lancarkan pelan pembangunan 10 tahun kaum India. Sebelum itu pun telah banyak program pemerkasaan kaum India dilaksanakan.

Sebenarnya di Malaysia mereka tidak ketinggalan pun. 2 taikun bisnes besar Malaysia dari kaum India, TS Ananada Krishnan dan TS Tony Fernandes. Banyak golongan profesional dari kaum India khususnya peguam dan doktor. DS Samy Vellu pegang jawatan menteri kanan hingga puluhan tahun, hingga sekarang masih ada dlm kerajaan dan bertaraf menteri. Mesti telah banyak yg telah beliau sumbangkan utk kemajuan kaum India.  Parti berasaskan kaum India MIC, PPP dan IPF berada dlm BN dan kerajaan.Dalam pendidikan mereka juga ada SRJK Tamil.

Jadi apa yg tidak kena lagi? Hentikan polemik yg mengguris hati umat Islam dan fokuskan kpd isu memartabatkan kaum mereka. Kaum Melayu pun ada masalah tersendiri, jangan ingat yang majoriti tiada masalah.  Semua berdiri di atas padang yg rata, ambillah peluang sebaiknya. Janganlah paranoid sebilangan ekstremis Hindu terhadap DZN di India disebar ke sini hanya kerana beliau Muslim. Dia berbangsa India, dari keturunan yg sama, cuma agamanya yg berbeza.

Mereka yg anti DZN sepatutnya berbangga mempunyai tokoh dari India sehebat beliau dan diberi pengiktirafan dunia! Bukankah NGO2 ini pejuang kemajuan bangsa India? Sepatutnya DZN menjadi ikon dan penghubung yg mengeratkan lagi hubungan antara Muslim dan Hindu, bukan pemecah belah. Dakwah DZN sejak dua dekad lalu tidak pernah mengganggu keharmonian Muslim dan Hindu di India. Justeru, jangan sebarkan kebencian terhadap beliau di sini dan memecahkan keharmonian beragama yg telah lama subur di Malaysia. Jika tidak berpuashati, berdialoglah dengan beliau secara tertutup. Sebarkan keamanan bukan kebencian.
Allah al-Musta'an.

Dr. Saadan Man
Senior Lecturer
Dept of Fiqh and Usul
Academy of Islamic Studies UM.
 
Copyright © 2014 PenangKini.